Wednesday, January 09, 2019

Maksud Industri 4.0 atau Fourth Industrial Revolution


.
Industri 4.0 adalah nama yang diberi kepada trend automasi dan pertukaran data yang terlibat dalam teknologi pembuatan. Ia turut digelar sebagai Revolusi Industri Keempat. Revolusi yang dimaksudkan di sini ialah fenomena kewujudan "kilang pintar".

"Kilang Pintar" adalah kilang atau perusahaan yang disokong oleh beberapa teknologi terkini seperti Cyber Physical Sistem (CPS), Internet Of Things (IOT), Cloud Computing dan Cognitive Computing.

Teknologi CPS bermaksud sistem yang mengandungi mesin di mana sifat serta tugas mesin tersebut di pantau oleh perisian komputer. Perisian komputer ini akan mencipta salinan maya bagi sifat dan tugas tadi lalu perisian ini seakan boleh melihat dan merasa apa yang dihadapi oleh mesin tersebut. Terdapat "sensor" dan "actuator" yang membantu perisian berhubung dengan mesin. Hubungan perisian dan mesin sangat intim sehingga digelar "cyber-twin"

Teknologi IOT bermaksud teknologi komunikasi yang membolehkan mesin atau peranti menghantar atau menerima isyarat maklumat di antara satu sama lain. Teknologi IOT membolehkan maklumat dalam sesebuah organisasi atau di antara organisasi dimanfaatkan dengan lebih cekap terutamanya dalam Value Chain yang melibatkan pekedai, pengedar dan pengilang.

Teknologi Cloud Computing membolehkan organisasi atau syarikat menggunakan aplikasi atau menyimpan data di luar kawasan atau premisnya namun aplikasi dan data itu boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana jua.

Teknologi Cognitive Computing pula menjadikan mesin atau sistem berupaya untuk mengkaji data dan mempelajarinya agar dapat merumuskan jalan penyelesaian yang boleh membantu meningkatkan produktiviti organisasi atau syarikat.

Rangkuman teknologi di atas telah membolehkan industri bergerak lebih maju dan pantas dan akhirnya mengangkat tamadun manusia ke peringkat yang lebih tinggi.

Istilah "Industri 4.0", dipendekkan kepada I4.0 atau hanya I4, dikatakan berasal dari projek strategi berteknologi tinggi kerajaan Jerman, yang mempromosikan pengkomputeran pembuatan. Istilah "Industri 4.0" itu dikatakan telah dipopularkan pada tahun 2011 di Pameran Hannover.

Selain istilah Industri 4.0, terdapat juga istilah lain yang serupa seperti M4 yang dipelopori oleh pengeluar bahagian aeroangkasa Meggitt PLC.

Apa pun istilah yang digunakan, pada asasnya, prinsip reka bentuk penting bagi Industri 4.0 meliputi 4 aspek berikut:

1. Interkoneksi: Keupayaan mesin, peranti, sensor, dan orang untuk menyambung dan berkomunikasi antara satu sama lain melalui Internet of Things (IoT) atau Internet of People (IoP)

2. Ketelusan maklumat: Ketelusan yang diberikan oleh teknologi Industry 4.0 memberikan pengendali dengan sejumlah besar maklumat berguna yang diperlukan untuk membuat keputusan yang sesuai. Kesambungan membolehkan pengusaha mengumpul sejumlah besar data dan maklumat dari semua titik dalam proses pembuatan, dengan itu membantu fungsi dan mengenal pasti bidang-bidang utama yang boleh mendapat manfaat daripada inovasi dan peningkatan.

3. Bantuan teknikal: Pertama, keupayaan sistem bantuan untuk menyokong manusia dengan mengagregasikan dan menggambarkan maklumat secara komprehensif untuk membuat keputusan bermaklumat dan menyelesaikan masalah mendesak dengan segera. Kedua, keupayaan sistem fizikal siber untuk secara fizikal menyokong manusia dengan menjalankan pelbagai tugas yang tidak menyenangkan, terlalu melelahkan, atau tidak selamat bagi rakan sekerja mereka.

4. Keputusan yang tidak berpusat: Keupayaan sistem fizikal siber untuk membuat keputusan sendiri dan melaksanakan tugasan mereka secara autonomi yang mungkin. Hanya dalam hal pengecualian, gangguan, atau tujuan yang bertentangan, tugas yang diwakilkan ke tahap yang lebih tinggi.

.
Disesuaikan dari: https://en.wikipedia.org/wiki/Industry_4.0

No comments: