Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Pengaturcaraan

PENGATURCARAAN KOMPUTER
Pengaturcaraan Komputer (Computer Programming) bermaksud kegiatan membangunkan perisian komputer (computer software development activities).

Kegiatan ini secara ringkasnya terbahagi kepada:
1) Kenalpasti masalah
2) Rekabentuk penyelesaian
3) Tulis aturcara
4) Nyahpijat
5) Uji
6) Pasang

Asas kepada pengaturcaraan adalah aktiviti no. 3 (Tulis Aturcara). Aturcara ditulis dengan menggunakan Bahasa Aturcara. Terdapat berbagai bahasa aturcara; setiap satunya wujud dengan sejarah yang tersendiri. Antara Bahasa Aturcara yang masyhur pada hari ini termasuklah Bahasa C, C++, Java, JavaScript, Visual Basic, PHP dan lain-lain.

Seseorang itu tidak perlu mempelajari semua Bahasa Aturcara; dia hanya perlu mempelajari Bahasa Aturcara yang relevan dengan keperluannya sahaja. Walaubagaimanapun, pengetahuan dan kemahiran di dalam lebih dari satu Bahasa Aturcara akan memberi kelebihan daya saing kepada seseorang pengaturcara.

Kebiasaannya seseorang pelajar mula mempelajari pengaturcaraan melalui Bahasa C, C++ atau Visual Basic. Lazimnya, semua kolej dan universiti mengajar bahasa-bahasa ini. Pengetahuan dalam kedua-dua bahasa C/C++ dan Visual Basic sebenarnya sangat penting. Sebahagian besar Bahasa Aturcara yang wujud pada hari ini tidak jauh beza dari bahasa C/C++ dan Visual Basic. Oleh itu, ia memudahkan pelajar mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya di dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan di kemudian hari.

Untuk mempelajari selanjutnya tentang pengaturcaraan, lawat blog saya http://programming-steps.blogspot.com atau terjemahannya


No comments: