Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:
Raptor Flowchart Tutorial For Beginners
Showing posts with label media sosial. Show all posts
Showing posts with label media sosial. Show all posts
Thursday, January 09, 2020
Maksud Emoji
.
Emoji (bahasa Jepun: 絵 文字 え も じ, Bahasa Inggeris: / ɪmoʊdʒiː /; Bahasa Jepun: [emodʑi]; emoji tunggal, emoji atau emoji plural [1]) adalah ideogram dan senyuman yang digunakan dalam mesej elektronik dan laman web. Emoji wujud dalam pelbagai genre, termasuk ekspresi muka, benda biasa, tempat dan jenis cuaca, dan haiwan. Mereka sama seperti emotikon, tetapi emoji adalah gambar sebenar dan bukannya typograf. [2] Maksudnya pictograph, perkataan emoji berasal dari bahasa Jepun (絵, "gambar") + moji (文字, "karakter"); persamaan dengan kata-kata bahasa Inggeris emosi dan emotikon semata-mata kebetulan. [3] Kod skrip ISO 15924 untuk emoji adalah Zsye.
Berasal dari telefon bimbit Jepun pada tahun 1997, emoji menjadi semakin popular di seluruh dunia pada tahun 2010 selepas ditambah kepada beberapa sistem operasi mudah alih. [4] [5] [6] Mereka kini dianggap sebagai sebahagian besar budaya popular di barat. [7] Pada tahun 2015, Kamus Oxford menamakan Wajah dengan Tear of Joy emoji (😂) Word of the Year. [8] [9]
.
https://en.wikipedia.org/wiki/Emoji
Maksud Emotikon
.
Emotikon (/ ɪmoʊtɪkɒn /, i-MOHT-i-kon, jarang disebut / ɪmɒtɪkɒn /), [1] [2] [3] [4] pendek untuk "ikon emosi", [5] , adalah representasi ekspresi wajah menggunakan aksara-biasanya tanda baca, nombor, dan huruf-untuk menyatakan perasaan seseorang atau suasana hati, atau sebagai kaedah menjimatkan masa. Emotikon ASCII pertama, :-) dan :-(, ditulis oleh Scott Fahlman pada tahun 1982, tetapi emotikon sebenarnya berasal dari sistem komputer PLATO IV pada tahun 1972. [6]
Di negara-negara Barat, emotikon biasanya ditulis ke kanan dari arah teks. Pengguna dari Jepun mempopularkan sejenis emotikon yang dipanggil kaomoji (顔 文字; lit. 顔 (kao) = muka, 文字 (moji) = aksara (s)), menggunakan set aksara Katakana, yang dapat difahami tanpa perlu memiringkan kepala seseorang. Gaya ini timbul pada ASCII NET of Japan pada tahun 1986. [7] [8]
Apabila SMS dan internet menjadi semakin meluas pada akhir 1990-an, emotikon menjadi semakin popular dan lazimnya digunakan pada mesej teks, forum internet dan e-mel. Emotikon telah memainkan peranan penting dalam komunikasi melalui teknologi, dan sesetengah peranti dan aplikasi telah menyediakan gambar bergaya yang tidak menggunakan tanda baca teks. Mereka menawarkan pelbagai "nada" dan merasakan melalui teks yang menggambarkan emosi tertentu melalui gerak isyarat wajah di tengah-tengah komunikasi siber berasaskan teks. [9]
.
https://en.wikipedia.org/wiki/Emoticon
Wednesday, August 23, 2017
Tips Menulis Tajuk Yang Mencapai Rating Tinggi
.
Tips Menulis Tajuk: Bayangkan bagaimana pengguna mencari tajuk artikel anda
Tajuk adalah elemen terpenting bagi sesebuah artikel. Ia adalah elemen permulaan yang akan dicari dan dinilai pembaca sebelum mereka melihat elemen lain seperti gambar atau petikan.
Untuk memudahkan pengguna mencari artikel anda, fikirkan perkataan-perkataan yang mungkin timbul di fikiran mereka ketika membuat carian samada melalui Google atau Facebook. Gunakan perkataan yang biasa digunakan dalam bidang yang anda tulis. Elakkan perkataan yang jarang digunakan atau istilah paras tinggi yang mungkin wujud dalam bidang tersebut tetapi kurang digunakan.
Fokus utama kita menyediakan tajuk adalah untuk memudahkan pembaca mencari dan mendapat gambaran keseluruhan tentang apa yang kita tulis. Oleh itu pilihlah tajuk yang mudah difahami pembaca dan bukan tajuk yang kita seorang sahaja faham atau suka.
Di bawah ini adalah contoh tajuk yang saya sediakan bagi kandungan teknikal untuk blog www.Programming-Steps.blogspot.com (Perhatikan tajuknya yang sudah memberi gambaran tentang kandungan blog tersebut)
Tajuk-tajuk yang digunakan adalah ringkas sahaja. Tajuk yang ringkas akan lebih mudah dijumpai kerana perkataan-perkataan yang digunakan hampir menyamai apa yang terlintas untuk ditaip oleh pengunjung di dalam Carian Google atau Facebook.
Jika anda lawat artikel bertajuk Hello World Program Flow Chart, anda akan dapati kandungannya sedikit sahaja. Pengajarannya, tajuk yang ‘power’ berupaya menarik perhatian pembaca dan menaiki ranking Carian Google. (Tajuk ini menduduki tempat pertama bagi jumlah keseluruhan artikel carian sebanyak 1,470,000 bertarikh 24 Ogos 2017).
Saya dapati laman aplikasi diagram Creately.com cuba mengambil kesempatan di atas populariti artikel ini dengan menyelitkan pautan kepada www.creately.com dalam komen seorang pengunjung. (Lihat screenshot di bawah). Nakal juga mereka ini.😂
Saya dapati laman aplikasi diagram Creately.com cuba mengambil kesempatan di atas populariti artikel ini dengan menyelitkan pautan kepada www.creately.com dalam komen seorang pengunjung. (Lihat screenshot di bawah). Nakal juga mereka ini.😂
Tajuk artikel kedua iaitu Modular Program Flow Chart menduduki tempat pertama dalam ranking Carian Google dari sejumlah 6,210,000 artikel yang berkaitan bertarikh 24 Ogos 2017. Setiap perkataan dalam tajuk ini mempunyai pemberatnya (kerap dicari) maka sebab itu jumlah artikel yang berkaitan sangat tinggi.
Jika anda perhatikan tajuk artikel ketiga pula iaitu Edit Array Values Program Flow Chart, sebenarnya ia adalah gabungan dua tajuk iaitu “Edit Array Values” dan “Program Flow Chart”. Pengajarannya, tajuk bagi artikel yang disiarkan di Internet tidak semestinya tajuk yang lengkap atau sempurna tatabahasanya. Perkataan kata sendi seperti “and” atau “the” dan simbol seperti “,” atau “:” atau “;” akan disisihkan oleh Enjn Carian. Asalkan perkataan atau frasa itu munasabah untuk dicari dan difahami, ia akan mudah menaiki ranking Carian Google. (Tajuk ini menduduki tempat pertama bagi jumlah keseluruhan artikel carian sebanyak 2,650,000 bertarikh 24 Ogos 2017).
Saturday, June 03, 2017
Bagaimana mengkaji minat pembaca
Sehebat mana kita menulis, pembaca belum tentu mahu membaca jika ia bukan topik yang diminatinya. Bagaimana mengkaji minat mereka?
Bagaimana mengkaji minat pembaca
Ada dua jenis kategori pembaca.
Kategori pertama ialah mereka yang hanya meninjau bahan bacaan sebelum menetapkan apa yang mahu dibacanya. Jika anda biasa berkunjung ke kios yang menjual akhbar, anda tentu biasa melihat pengunjung yang datang membelek-belek tajuk akhbar atau majalah. Sebahagian daripada mereka akhirnya akan membeli akhbar atau majalah tadi manakala sebahagian yang lain berlalu pergi.
Adakah peniaga akan kerugian jika pengunjung datang membelek dan kemudiannya berlalu pergi? Dalam jangka masa yang panjang, peniaga tidak mungkin rugi kerana ia adalah sebahagian dari aktiviti promosi. Berbagai keywords (kata kunci) telah diserap oleh pengunjung dalam fikirannya dan keywords bersama kios itu akan muncul semula dalam mindanya apabila diperlukan nanti.
Kategori kedua ialah mereka yang sudah ada perkara yang mahu dicarinya. Mereka akan datang berkunjung ke kedai buku dan terus bertanya kepada penjaga kedai tentang tajuk atau topik yang dikehendakinya. Penjaga kedai yang berpengalaman selalunya sudah tahu di mana letaknya bahan yang dicari. Malah mereka mungkin sudah menyimpan koleksi tambahan bagi tajuk atau topik popular yang diminati pelanggan.
Dunia Internet tidak jauh bezanya dengan kedai buku. Kita juga boleh melihat ragam kedua-dua kategori pembaca di sini.
Ada sebahagian pengguna Internet yang mempunyai tabiat meninjau berita atau tajuk terkini setiap masa. Mereka mungkin akan bermula dengan laman Facebook, portal berita atau hiburan dan sebagainya. Mereka akan meninjau tajuk, gambar, tags dan lain-lain untuk mendapatkan gambaran tentang perkara terkini yang mahu diketahuinya. Ketika inilah, pengamal media sosial akan mengambil peluang mempromosikan bahan masing-masing sehabis baik melalui pemilihan tajuk, gambar dan lain-lain yang boleh mendorong pengguna Internet untuk membacanya.
Ada sebahagian pengguna Internet pula sudahpun mempunyai persoalan yang mahu dicari jawapannya. Mereka terus mengunjungi laman carian seperti Google dan menaip keywords cariannya.
Contohnya seperti dalam gambar di atas.
...belajar buat scaloop
...baju kurung riau pahang tradisional
...buku cara jahit langsir
...cara buat langsir
...cara buat langsir swag
...cara mengukur scallop
...jubah lelaki yang saiz bahu 15 setengah
...macam mana melipat lopor langsir
...scallop untuk pintu
Contoh ini merupakan keywords carian yang dicari oleh pengguna yang membawa mereka melawat salah satu blog saya. Maklumat ini sangat berguna kerana ia memberitahu saya kandungan tulisan saya yang mana satukah yang sebenarnya dicari dan dibaca oleh pengguna Internet. Sebagai seorang penulis, matlamat saya ialah menulis untuk dibaca. Maka, berdasarkan maklumat ini, saya akan mendapat gambaran bagaimana menghasilkan bahan baru yang akan menarik minat mereka.
Setiap Content Management System (CMS) seperti Wordpress, Drupal, Blogger dan sebagainya mempunyai modul laporan sebegini. Selalunyai dipanggil sebagai Statistics atau Stats. Cuba periksa CMS anda dan kaji apa sebenarnya yang dibaca oleh pengguna Internet selama ini.
Contoh Blogger Stats
Contoh Wordpress Stats
Subscribe to:
Posts (Atom)