Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Tuesday, December 04, 2012

Simple Way to create watermark on image files


Cara Mudah membuat watermark di atas file imej

Water mark adalah tanda unik yang diletakkan di atas imej oleh pemilik imej berkenaan agar hakmiliknya dapat dikenalpasti. Tanda ini sangat penting terutamanya apabila fail-fail imej yang berada di dalam persekitaran Internet mudah disalin dari satu website ke website yang lain.

Terdapat website yang menawarkan khidmat Water Mark seperti http://www.watermark.ws/ . Walaubagaimanapun, khidmat percuma ini dihadkan kepada fail imej yang bersaiz kecil.



Terdapat juga perisian Water Mark untuk Desktop seperti di http://www.watermark-software.com/ . Pengguna perlu download program tersebut terlebih dahulu sebelum boleh menggunakannya. Anda boleh mencuba perisian demo di sini http://www.mediafire.com/download.php?zy0vq1exbkb3x6i.



Perisian-perisian yang disebutkan di atas mempunyai Antaramuka Pengguna (User Interface) yang mudah difahami dan dioperasikan oleh pengguna.

Wednesday, May 06, 2009

Maksud Computer Software (Perisian Komputer)


(tajuk berkaitan: maksud perisian komputer, maksud computer software, erti perisian komputer, apa itu perisian komputer)

Software (atau "computer program"), dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai perisian (atau "program komputer"), merujuk kepada set arahan yang mengawal aktiviti mesin komputer.

Istilah software digunakan untuk membezakannya dengan komponen hardware (sistem komputer secara amnya terdiri dari komponen hardware, software, data, tatacara dan orang). Hardware merupakan komponen fizikal yang boleh dilihat manakala software merupakan komponen logik yang tidak dapat dilihat secara fizikal.

Perisian komputer dapat diklasifikasikan mengikut kategori seperti berikut:

1) Perisian Sistem Pengendalian (Operating System Software)
Perisian ini berkaitan dengan pengendalian mesin komputer. Bermula dari saat mesin komputer dihidupkan sehinggalah ia dimatikan, perisian ini bertanggungjawab menyelaraskan perjalanan sistem mesin komputer tersebut. (Baca selanjutnya)

2) Perisian Aplikasi
Perisian ini membantu pengguna akhir komputer melaksanakan tugasan penggunaan (application) yang khusus. (Baca selanjutnya)

3) Pembangunan Aplikasi
Perisian ini membantu pembangun perisian menjalankan aktiviti pembangunan perisian seperti rekacipta perisian, penulisan kod perisian, penyemakan kod dan penyahpijat dan lain-lain.