Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Thursday, April 02, 2009

Ada Lovelace

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (02/04/2009)

Augusta Ada King

Lahir10 Disember 1815
London, England
PekerjaanAhli matematik dan
(Proto-) ahli sains komputer
Suami/isteriWilliam King-Noel (Earl Pertama Lovelace)
Anak• Byron (lahir 12 Mei 1836);
• Annabella (Lady Anne Blunt, lahir 22 September 1837);
• Ralph Gordon (lahir 2 Julai 1839)
Ibu/BapaLord George Gordon Byron dan Anne Isabella Milbanke (Annabella)

Augusta Ada King, Countess Lovelace (nama lahir: Augusta Ada Byron; 10 Disember 1815 – 27 November 1852) adalah terkenal kerana menulis pemerihalan Enjin Analisiskomputer mekanik serba guna yang awal, yang direka oleh Charles Babbage. Notanya itu yang merupakan pemerihalan komputer dan perisian, kini diiktiraf sebagai atur cara komputer yang pertama di dunia oleh para ahli sejarah.

Pada tahun 1953, melebihi seratus tahun selepas kematiannya, nota Ada Lovelace itu telah diterbitkan semula selepas dilupai.


Isi kandungan

 [sorok]

[sunting]Biografi

Ada merupakan anak sah yang tunggal kepada pemuisi Lord George Gordon Byron. Beliau dinamai sempena nama Augusta Leigh, adik tiri Bryon. Adalah Leigh yang menggalakkan Bryon berkahwin agar mengelakkan sebarang skandal dan Bryon dengan keberatannya memilih Anne Isabella Milbanke (Annabella). Annabella meninggalkan Byron pada 15 Januari 1816 dan membawa Ada yang ketika itu berumur sebulan bersama-sama. Pada 21 April, Bryon menandatangani surat ikatan pemisahan dan meninggalkan England selama-lamanya beberapa hari kemudian. Bryon tidak dibenarkan berjumpa dengan anaknya lagi.

Annabella amat berminat dengan bidang matematik (Lord Byron pernah sekali menggelarnya sebagai "puteri segi empat selari"). Beliau mengajar matematik kepada Ada ketika Ada masih amat muda lagi. Ada diajar matematik dan sains secara persendirian di rumah oleh William Frend, William King-Noel (Earl Pertama Lovelace), serta Mary Somerville (penyelidik dan penulis saintifik abad ke-19 yang terkenal). Salah satu guru peribadinya yang kemudian ialah Augustus De Morgan.

Pada tahun 1835, Ada berkahwin dengan William King, Baron King Ke-8 yang kemudian menjadi Earl Pertama Lovelace. Pasangan ini yang dikurniakan dengan tiga orang anak tinggal di Ockham Park yang terletak di Ockham, Surrey. Nama penuh dan gelaran Ada pada kebanyakan kehidupan perkahwinannya ialah The Right Honourable Augusta Ada, Countess Lovelace. Bagaimanapun, beliau kini dikenali secara mudah sebagai Ada Lovelace, atau namanya sebelum berkahwin, iaitu Ada Byron.

Adalah Mary Somerville, guru peribadinya, yang memperkenalkan Ada kepada Charles Babbage pada 5 Jun 1833. Perkenalan-perkenalan Ada yang lain termasuk Sir David Brewster, Charles Wheatstone, Charles Dickens, dan Michael Faraday.

Dalam tempoh sembilan bulan antara tahun-tahun 1842-1843, Ada menterjemahkan memoir Luigi Menabrea (ahli matematik Itali) tentang Enjin Analisis, cadangan mesin Babbage yang terbaru. Beliau melampirkan suatu set nota yang memerincikan kaedah untuk menghitung nombor-nombor Bernoulli dengan Enjin tersebut. Karya itu kini telah diiktiraf oleh para ahli sejarah sebagai atur cara komputer yang pertama di dunia. Bagaimanapun, para periwayat masih mendebatkan takat sumbangannya yang asli, dengan sesetengah mereka menganggap bahawa atur cara itu ditulis oleh Babbage sendiri.

Prosa Lovelace juga mengakui sesetengah kemungkinan mesin yang tidak pernah diterbitkan oleh Babbage, umpamanya "Enjin itu mungkin boleh menggubah muzik yang teliti dan saintifik pada mana-mana tahap kerumitan atau takat."

Ada Lovelace berdarah hingga membawa maut oleh pakar-pakar perubatan ketika berumur 36 tahun apabila mereka cuba merawat kanser uterusnya. Beliau meninggal dunia pada umur yang sama dengan bapanya dan daripada punca yang sama: pendarahan perubatan. Atas permintaannya, Ada dikebumikan di sebelah bapa yang tidak dikenalnya di Gereja St. Mary Magdalene yang terletak di Hucknall, Nottingham.

[sunting]Penghormatan dan rujukan kebudayaan dan sejarah

[sunting]Lihat juga

[sunting]Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:

No comments: