Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Wednesday, April 01, 2009

Maksud BitTorrent

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (01/04/2009)

(Dilencongkan dari Torrent)
Logo BitTorrent

BitTorrent ialah nama bagi sebuah protokol pengagihan fail pengguna ke pengguna, dan juga nama bagi perisian pelanggan bebas bagi protokol tersebut. Pada asalnya, protokol BitTorrent direkabentuk dan dicipta oleh Bram Cohen, seorang pengatur cara, tetapi kini ia diuruskan oleh BitTorrent Inc.

BitTorrent merupakan satu cara perkongsian fail yang bersaiz besar tanpa memerlukan kos lebar jalurpelayan dan perkakas oleh pengedar fail yang asal.

Penggunaan protokol ini telah menyebabkan berlakunya permintaan perkhidmatan jalur lebar yang tinggi oleh masyarakat dunia amnya kerana ia memudahkan perkongsian fail walaupun dalam saiz dan bilangan yang amat besar.

Pelanggan BitTorrent yang asal ditulis dalam bahasa Python. Pada versi 4.0, kod sumbernya mula diterbitkan di bawah Lesen Sumber Terbuka BitTorrent. Terdapat juga pelbagai klien lain yang ditulis dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan dan dijalankan dalam pelbagai pelantar pengkomputeran.

[sunting]Operasi

Dalam animasi gambar ini, bar berwarna pada setiap pelanggan menunjukkan satu fail. Pemilik fail asal hanya perlu menghantar satu fail untuk berkongsi dengan semua orang.

Klien BitTorrent merupakan program yang menggunakan protokol BitTorrent. Setiap klien berkeupayaan untuk menyedia, meminta dan mengangkut sebarang fail computer melalui jaringan menggunakan protokol tersebut.

Untuk berkongsi sesuatu fail, pengguna mestilah menyediakan satu fail .torrent yang mengandungi metadata tentang fail tersebut bersama-sama trackernya (penjejak).

Pengguna yang ingin mendapatkan fail tersebut mestilah memuat turun fail .torrent terlebih dahulu. Kemudian pengguna harus membuka fail tersebut menggunakan mana-mana pelanggan BitTorrent seperti μTorrent.

[sunting]Isu semasa

Di Malaysia, berikutan penggunaan yang tinggi oleh pengguna Internet, khususnya pelanggan StreamyxTMNet telah menjalankan satu operasi mengurangkan penggunaan BitTorrent. Ini kerana penggunaan BitTorrent telah memenuhkan lebar jalur Malaysia dengan penggunaan sebanyak 60%. Ini secara tidak langsung memenuhkan laluan yang menghubungkan Malaysia dengan negara lain seterusnya mengurangkan capaian Internet oleh pengguna lain.

Untuk itu, TMNet telah mengaktifkan apa yang dikatakan traffic shaping. Paket-paket hantaran oleh protokol BitTorrent ke negara luar telah direndahkan keutamaannya (low priority) oleh TMNet. Akibatnya, pengguna BitTorrent di Malaysia hanya boleh berkongsi fail secara dalam negara sahaja. Ini menyebabkan beberapa pengguna Streamyx tidak puas hati dan menghantar surat kepada CEO TMNet sendiri.[perlu petikan]

No comments: