Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Wednesday, May 13, 2009

Malwarebytes musnahkan Perisian Perosak

Malwarebytes

Destroying malware, one byte at a time

http://www.malwarebytes.org/affiliates/g2g/page/download-mbam.php

Perisian Perisik ewtaxv


Perisian Perisik "ewtaxv" mengandungi dua file yang disimpan di dalam direktori "c:\windows\system32\" iaitu:
1) ewtaxv.dll 
2) ewtaxv.key

Program ewtaxv.dll berfungsi untuk merisik aktiviti pengguna komputer terutamanya input yang diterima melalui papan kekunci. Maklumat ini seterusnya disimpan di dalam fail ewtaxv.key.

Untuk membolehkan Program ewtaxv.dll dijalankan serentak dengan Windows, catatan telah dibuat di dalam Windows Registry. Dengan itu program ini berjalan secara tersembunyi sambil menyediakan laporan untuk dihantar kepada perisik yang berkaitan.

Program ini mungkin menukar namanya kepada nama yang lain dan menyukarkan pengguna mencarinya.

Salah satu cara memastikan komputer anda tidak dijangkiti perisian perosak seperti program ini adalah dengan menggunakan Perisian Pengimbas percuma daripada Microsoft.



Wednesday, May 06, 2009

Maksud Computer Software (Perisian Komputer)


(tajuk berkaitan: maksud perisian komputer, maksud computer software, erti perisian komputer, apa itu perisian komputer)

Software (atau "computer program"), dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai perisian (atau "program komputer"), merujuk kepada set arahan yang mengawal aktiviti mesin komputer.

Istilah software digunakan untuk membezakannya dengan komponen hardware (sistem komputer secara amnya terdiri dari komponen hardware, software, data, tatacara dan orang). Hardware merupakan komponen fizikal yang boleh dilihat manakala software merupakan komponen logik yang tidak dapat dilihat secara fizikal.

Perisian komputer dapat diklasifikasikan mengikut kategori seperti berikut:

1) Perisian Sistem Pengendalian (Operating System Software)
Perisian ini berkaitan dengan pengendalian mesin komputer. Bermula dari saat mesin komputer dihidupkan sehinggalah ia dimatikan, perisian ini bertanggungjawab menyelaraskan perjalanan sistem mesin komputer tersebut. (Baca selanjutnya)

2) Perisian Aplikasi
Perisian ini membantu pengguna akhir komputer melaksanakan tugasan penggunaan (application) yang khusus. (Baca selanjutnya)

3) Pembangunan Aplikasi
Perisian ini membantu pembangun perisian menjalankan aktiviti pembangunan perisian seperti rekacipta perisian, penulisan kod perisian, penyemakan kod dan penyahpijat dan lain-lain.