Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Monday, October 29, 2012

Apakah itu Perisian Alpha Five



What is Alpha Five Software?

Alpha Five adalah Sistem Pengurusan Pangkalan Data Relational (Relational Database Management System) dan Sistem Pembangun Perisian Pantas (Rapid Application Development) untuk membina Aplikasi Windows dan Web (termasuk teknologi AJAX). Ia adalah saingan kepada Microsoft Access tetapi ia menyokong pembangunan Web yang lebih mudah berbanding Microsoft Access.

Alpha Five V8





Versi terkini adalah Alpha Five V11 yang dikeluarkan pada Oktober 2011.

Pada tahun 2010, Alpha Five dinobatkan di tangga pertama dalam kategori Pembangun Pantas Untuk Aplikasi Web oleh InfoWorld.

Alpha Five dibangunkan oleh Alpha Software semenjak tahun 1982. Ia mula menjadi perhatian apabila Alpha Five Version 8 mendapat anugerah Dr. Dobb's Jolt Award bagi kategori Persekitaran Pembangun Perisian Terbaik.

Aplikasi menggunakan enjin DBF-terbina (built-in DBF) dan dapat dihubungkan kepada MySQL, Oracle, MS SQL Server, DB2, EnterpriseDB, PostGreSQL dan Perisian Database SQL yang lain melalui sumber ODBC. Versi terbaru memuatkan Portable SQL, satu ciri yang membolehkan pengguna menukar database tanpa perlu menulis query semula.


Alpha Five menyediakan panduan Getting Started pada pautan http://wiki.alphasoftware.com/tiki-index.php. Di samping itu Alpha Five turut mempunyai komuniti pembangun perisian seperti http://www.alphadevnet.com/whyalphafive.a5w yang menyediakan sumber rujukan bagi ahli komunitinya.

No comments: