Blog berasal dari gabungan perkataan "Web Log" yang telah dicantum dan diringkaskan sebutannya, i.e "Web+Log=bLog". Pada asalnya, ia adalah catatan maklumat yang disebarkan oleh orang perseorangan mengikut kronologi masa. Kebanyakan penulis blog pada peringkat awal menggunakan laman web yang dihoskan oleh institusi tempat mereka. Tidak ramai yang memiliki laman persendirian.
Ledakan teknologi Web 2.0 telah mendorong kewujudan sistem hos blog percuma seperti blogspot.com dan wordpress.com sekitar tahun 2004. Melalui sistem percuma seperti ini, semakin ramai pengguna Internet menulis blog sendiri.
Laman blog memberi faedah kepada pengguna Internet terutamanya penyebaran maklumat yang dianggap 'niche' atau hobi. Melalui kewujudan laman blog, pengguna Internet dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang perkara yang mungkin sukar diperolehi melalui saluran konvensional.
No comments:
Post a Comment