Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Saturday, June 29, 2013

Maksud Web 2.0


Istilah Web 2.0 adalah merujuk kepada teknologi web terkini yang menghasilkan laman web dinamik berbanding teknologi web terdahulu yang menghasilkan laman web statik. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1999 oleh Darcy DiNurcci dan dimasyhurkan oleh Tim O'Reilly dalam sidang Web 2.0 pada penghujung tahun 2004. Teknologi Web 2.0 sebenarnya tidak menyebut dengan khusus spesifikasi teknikal yang terlibat sebaliknya ia merangkumi apa sahaja cara penghasilan laman web yang bersifat interaktif atau dua hala termasuklah pelbagai landasan media sosial di Internet.

Impak Web 2.0:
1) Laman web membenarkan pengguna berinteraksi dengan penerbitnya. Hal ini membolehkan pengguna memberikan maklumbalas dan seterusnya meningkatkan kefahaman tentang sesuatu perkara.
2) Laman sosial membenarkan pengguna menerbit dan menyebarkan maklumat yang diketahuinya. Hal ini membolehkan sesuatu perkara tersebar dengan pantas dan meluas di dalam Internet.

Kesan di atas juga boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna Internet seandainya maklumat yang disebarkan itu salah. Maka, penggunaannya perlu di kawal melalui etika Internet atau penguatkuasaan undang-undang yang bersesuaian.

No comments: