Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Wednesday, July 24, 2013

Maksud Client-Server Architecture




Client-Server Architecture merujuk kepada sejenis senibina sistem komputer di mana apabila dua atau lebih komputer berhubung, salah satu darinya akan mengambil peranan sebagai Client (peminta perkhidmatan) dan Server (penyedia perkhidmatan).

Terdapat berbagai perkhidmatan yang boleh diwujudkan melalui komunikasi dua komputer atau lebih seperti berikut. Setiap satunya menggunakan protokol komunikasi yang berbeza.
a) Pemindahan fail (FTP, File Transfer Protocol)
b) Email (SMTP, Simple Mail Transfer Protocol)
c) Web (HTTP, HyperText Protocol)


Konsep Client-Server Architecture boleh dikembangkan lagi kepada Two-Tier dan Three-Tier Architecture.








Maksud Ethernet

Diekstrak dari: http://compnetworking.about.com/cs/ethernet1/g/bldef_ethernet.htm



Ethernet adalah teknologi peringkat perhubungan fizikal dan data (physical and data link layer) yang dicipta untuk rangkaian komputer tempatan (LAN, Local Area Network). Ethernet dicipta oleh jurutera Robert Metcalfe.


Ketika digunakan pertama kali dalam tahun 1980, Ethernet secara teorinya mampu memindahkan data sebesar 10 Megabit dalam sesaat (10 Mbps). Kemudiannya, teknologi "Fast Ethernet" menggandakannya kepada 100 Mbps. Pada hari ini, teknologi "Gigabit Ethernet" berupaya meningkatkan keupayaan sehingga 1000 Mbps.

Protokol Rangkaian peringkat lebih tinggi seperti Internet Protocol, IP, menggunakan Ethernet sebagai medium transmissi. Data yang melalui Ethernet berada di dalam protocol units yang dipanggil frames.

Panjang kabel Ethernet adalah terhad kepada 100 meter sahaja. Namun rangkaian ini boleh dikembangkan melalui penggunaan peranti yang dipanggil Network Bridge.

Maksud Area-based Computer Network Types

Diekstrak dari: http://compnetworking.about.com/od/basicnetworkingconcepts/a/network_types.htm



Salah satu cara untuk mengkategorikan pelbagai jenis rekabentuk rangkaian komputer adalah melalui skop atau skala rangkaian tersebut. Atas faktor sejarah, industri komputer pada peringkat awalnya membahagikan rekabentuk rangkaian komputer menurut keluasan kawasan yang dapat diliputinya. Contoh kawasan rangkaian komputer adalah seperti:

a) LAN - Local Area Network (Rangkaian Kawasan Tempatan)
b) WAN - Wide Area Network (Rangkaian Kawasan Luas)

Baca perbezaan teknikal LAN dan WAN, http://www.diffen.com/difference/LAN_vs_WAN

LAN menghubungkan peranti rangkaian (network devices) dalam jarak yang pendek contohnya dalam bangunan pejabat, kawasan sekolah atau hotel. Teknologi yang biasa digunakan adalah Ethernet. LAN biasanya dimiliki oleh organisasi atau individu.

WAN sebenarnya adalah LAN yang bersambungan membentuk rangkaian yang sangat luas. Setiap LAN dihubungkan antara satu sama lain menggunakan peranti yang dipanggil router.



Dari sudut teknologi rangkaian IP, router akan menguruskan nombor IP bagi komputer yang berangkai di dalam LAN dan WAN. WAN tidak dimiliki oleh organisasi atau individu tertentu. Sebaliknya ia wujud hasil perkongsian bersama setiap pemilik LAN. Di samping itu, terdapat juga kerjasama peringkat serantau dan dunia untuk memelihara rangkaian WAN.



Setiap komputer yang berhubung dengan WAN mestilah mempunyai IP Global dan kekal berhubung. Pengguna kediaman dan organisasi kecil tidak mampu menyediakan keperluan ini. Mereka memerlukan khidmat ISP, Internet Service Provider (Penyedia Khidmat Internet). Melalui sistem ISP, mereka bersambung ke ISP menggunakan Modem dan ISP akan bersambung ke Internet melalui router miliknya. ISP akan memberikan IP Global sementara kepada pelanggannya dan mengambil semula apabila hubungan modem-ISP diputuskan.



Terdapat beberapa lagi jenis Kawasan Rangkaian Komputer. Walaubagaimanapun, kesemuanya berkembang samada dari teknologi LAN atau WAN. Contoh yang mudah dilihat adalah WLAN, Wireless LAN (LAN Tanpa Wayar) yang meminjam konsep LAN tetapi menukar sambungan wayar dengan gelombang radio.

Saturday, July 06, 2013

Maksud Microsoft Visual Studio


Microsoft Visual Studio adalah Persekitaran Pembangunan Bersepadu (Intergrated Development Environment, IDE) yang dikeluarkan oleh syarikat Microsoft. Ia digunakan oleh pembangun perisian untuk membangun perisian konsol (console) atau perisian antaramuka grafik (graphical user interface, GUI) yang disasarkan untuk Windows, Laman Web, Aplikasi Web atau Perkhidmatan Web yang diperkuasakan oleh sistem Windows, Windows Mobile, Windows CE, .Net Framework, .Net Compact Framework dan Microsoft Silverlight.

Maksud Windows 8


Windows 8 adalah versi Sistem Operasi Windows keluaran syarikat Microsoft yang direka untuk komputer peribadi termasuk komputer tablet. Projek pembangunannya telah bermula ketika Versi 7 masih belum diperkenalkan. Windows 8 mula berada di pasaran semenjak 26hb Oktober 2012.
Perubahan terbesar yang terdapat dalam versi Windows 8 adalah rekabentuk antaramukanya yang serasi dengan keperluan komputer tablet. Antaramuka sesentuh ini dikenali sebagai antaramuka "Metro". Secara tidak langsung, Windows 8 menjadi saingan terhadap sistem operasi mudahalih sedia ada seperti Android dan iOS.

Maksud Laptop Computer


Laptop Computer adalah sejenis komputer peribadi (personal computer) yang lazimnya berbentuk seperti kerang yang boleh dibuka dan ditutup. Ia juga dikenali sebagai Notebook Computer kerana sifat fizikalnya kelihatan seperti buku nota yang boleh dibuka dan ditutup.

Maksud Android (Operating System)


Android (Operating System) adalah sistem operasi komputer yang direka khusus untuk peranti mudahalih (mobile device) seperti telefon pintar (smart phones) dan komputer tablet (tablet computers). Pada awalnya, ia dibangunkan oleh Android Inc dan dibiayai oleh Google. Akhirnya Google membeli syarikat ini pada tahun 2005. Google memperkenalkan Android pada tahun 2007 serentak dengan penubuhan konsortium Open Handset Alliance yang menggagaskan kewujudan piawai terbuka untuk peranti mudah alih meliputi kerjasama pembangunan perkakasan, perisian dan telekomunikasi. Telefon yang diperkuasakan oleh Android mula dijual pada Oktober 2008.

Diterjemah dari: http://en.wikipedia.org/wiki/Android_(operating_system)