Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Thursday, July 21, 2016

Apa Beza CISC dan RISC Architecture?


.
Apa Beza CISC dan RISC Architecture?

CISC adalah singkatan kepada Complex Instruction Set Computers manakala RISC adalah singkatan kepada Reduced Instruction Set Computer. Kedua-duanya merujuk kepada Senibina Set Arahan iaitu rekabentuk set arahan untuk diproses oleh komputer, atau secara khususnya Central Processing Unit, CPU (Melayu: Unit Pemprosesan Pusat).

Prestasi CPU diukur melalui kombinasi jumlah arahan, jumlah kitaran pemprosesan per arahan dan jumlah detik masa per kitaran pemprosesan.

CPU Performance = Instruction Count +  Cycle Per Instruction + Clock Cycle Time.

Untuk mencapai prestasi CPU yang terbaik CISC dan RISC mempunyai pandangan yang berbeza.

CISC bertujuan untuk mengurangkan jumlah arahan. Bagi tujuan ini, CISC mempunyai banyak fungsi terbina (built-in function) sedia ada yang boleh digunakan supaya pengaturcara dapat menulis arahan yang pendek. Olehkerana arahan yang ditulis menggunapakai fungsi terbina, jumlah kitaran pemprosesan akan meningkat.

RISC bertujuan untuk mengurangkan jumlah kitaran pemprosesan bagi setiap arahan. Melalui pendekatan ini, setiap arahan yang ditulis akan melibatkan satu kitaran pemprosesan sahaja. Oleh kerana senibina ini menggunakan arahan yang ringkas, jumlah arahan yang diperlukan akan meningkat.

Katakan anda mahu mendarab dua nombor yang diwakili pembolehubah 'a' dan 'b'.

Cip CISC mempunyai fungsi MULT yang membolehkan arahan "MULT a,b" dilaksanakan bagi mendapatkan hasil darab a dan b.

(Walaupun arahan MULT cuma sebaris, ia sebenarnya mengandungi arahan-arahan dalaman untuk melaksanakan fungsi MULT yang akan meningkatkan jumlah kitaran pemprosesan)

Cip RISC tidak mempunyai fungsi sedemikian. Maka langkah yang lebih panjang diperlukan seperti berikut:
LOAD a from memory into register1
LOAD b from memory into register 2
PROD Register1, Register2 (multiply)
STORE Answer back into memory.

(Walaupun langkahnya lebih panjang, cip RISC hanya memerlukan satu kitaran pemprosesan sahaja bagi setiap arahan)




.
Rujukan:
http://www.engineersgarage.com/articles/risc-and-cisc-architecture
http://www.teach-ict.com/as_as_computing/ocr/H447/F453/3_3_3/parallel_processors/miniweb/pg7.htm
https://www.quora.com/What-are-CISC-and-RISC-architecture-How-do-they-differ-from-each-other
http://cs.stanford.edu/people/eroberts/courses/soco/projects/risc/risccisc/

No comments: