Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Saturday, August 27, 2016

Maksud Elasticsearch


.
Apakah maksud Elasticsearch?

Elasticsearch adalah sejenis enjin carian berdasarkan sistem Lucene. Ia menyediakan enjin carian bagi persekitaran perkomputeran teragih melalui antaramuka web dan format JSON (Java Script Object Notation). Ia dibina menggunakan Bahasa Java dan diedarkan sebagai Sumber Terbuka melalui Perlesenan Apache. Ia adalah sejenis Enterprise Search Engine yang popular dikikuti kemudiannya oleh Apache Solr, yang juga berdasarkan Lucene.

Elasticsearch dibangunkan oleh Shay Banon melalui projek perintis Compass pada tahun 2004. Kemudiannya aplikasi ini ditulis semula agar dapat menyokong konsep "scalable search solution" menggunakan antaramuka kebanyakan iaitu JSON dan HTTP yang membolehkan sistem ini turut dapat digunakan oleh bahasa pengaturcaraan selain Java. Versi pertama Elasticsearch diedarkan pada Februari 2010.

Syarikat Elasticsearch BV telah ditubuhkan pada tahun 2012 untuk menawarkan perkhidmatan komersial yang berkaitan dengan Elasticsearch. Pada bulan Jun 2014, kira-kira 18 bulan selepas ia ditubuhkan, syarikat tersebut mengumumkan telah berjaya mengumpul dana sebanyak 70 Juta US Dollar. Ini menunjukkan bahawa terdapat minat yang tinggi di kalangan stakeholders terhadap teknologi seumpama ini.

Elasticsearch boleh digunakan untuk mencari maklumat dalam berbagai jenis dokumen. Ia boleh dijalankan dalam sistem perkomputeran teragih. Antara pengguna utama Elasticsearch adalah Wikimedia, Facebook, StumbleUpon, Mozilla, Quora, Stack Exchange, Pixabay dan lain-lain.


.

No comments: