Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Tuesday, August 02, 2016

Kemahiran teknikal programmer developer


.
Apakah kemahiran teknikal yang anda perlukan untuk menjadi seorang programmer atau developer?

Untuk menjadi seorang programmer atau developer, tidak dapat tidak, seseorang itu mestilah boleh menulis aturcara dan membangunkan perisian. Terdapat beberapa kemahiran yang mesti dipupuk.

Kuasai satu bahasa pengaturcaraan terlebih dahulu - mempelajari sebanyak mungkin bahasa pengaturcaraan akan memberikan lebih banyak pendedahan kepada dunia pembangunan perisian. Namun, penguasaan mendalam dalam sesuatu bahasa sangat mustahak untuk membolehkan sesebuah projek perisian itu disiapkan. Tambahan lagi, pendedahan kepada terlalu banyak bahasa pengaturcaraan boleh mengelirukan seseorang kerana setiap bahasa itu mempunyai paradigma tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah pembangunan perisian.

Susun kod dengan baik - Maksudnya kod pengaturcaraan ditulis dengan baik, jelas dan mudah difahami tanpa memerlukan "comment" yang banyak. Susunan kod aturcara yang baik juga akan mempamerkan kesenian seseorang pengaturcara dalam menjaga mutu hasil kerjanya.

Guna rekabentuk Object-Oriented - Dalam proses pembangunan perisian, seseorang pengaturcara sebenarnya sedang menguruskan kerumitan masalah pengaturcaraan. Object-oriented adalah selari dengan hasrat ini di mana ia berusaha menguraikan aturcara yang rumit kepada class atau object yang mempunyai tugas dan tanggungjawab khusus.

Algoritma dan struktur Data - setiap pelajar pengaturcaraan akan mempelajari bab ini. Di samping mempelajari asas algoritma dan struktur data, seseorang pengaturcara perlulah mampu menentukan algoritma dan struktur data yang sesuai dengan keperluan pengaturcaraannya.

Development Platform dan Teknologi yang berkaitan - Setiap platform iaitu Windows, Linux, Mac, Android dan iOS mempunyai nilai dan manfaat tersendiri kepada pengguna di pasaran. Pengetahuan dalam pelbagai platform akan memberikan kelebihan kepada seseorang pengaturcara.

Framework atau Stack - Framework bermaksud sekumpulan code libraries yang digunakan untuk platform tertentu. Manakala Stack bermaksud sekumpulan teknologi yang digabungkan bagi menghasilkan aplikasi yang dikehendaki, kebiasaannya melibatkan pemilihan Framework tertentu juga.

Asas Pangkalan Data - Terdapat dua jenis utama iaitu Relational database dan Document database. sekurang-kurangnya seseorang itu perlu tahu bagaimana...
 menggunakan database,
 membuat panggilan query,
 memasukkan, mengubah dan menghapuskan data,
 dan menggabungkan data set.

Disamping itu, pengetahuan lanjut tentang bagaimana database digunakan dalam sesuatu platform, framework atau stack juga sangat mustahak untuk dikuasai.

Source Control - Source Control membolehkan pengaturcara menyimpan sejarah pengubahsuaian kod aturcara. Pada hari ini, hampir kesemua pasukan pembangunan perisian menggunakan sistem Source Control dalam projek mereka.

Build and Deployment - Build and Deployment akan memastikan sistem yang telah dibangunkan akan benar2 menghasilkan kesudahan yang dikehendaki. Sistem yang canggih akan mempunyai unit test atau user test, code quality checks dan laporan terhadap pangkalan kod semasa.

Testing - Sekurang-kurangnya perlu membiasakan diri dengan istilah seperti Whitebox Test, Blackbox Test, Unit Test, Boundary Conditions, Test Automation dan Acceptance Test.

Debugging - Seseorang pengaturcara akan mendapati dirinya terpaksa meluangkan hampir 99% masanya untuk memikirkan kenapa kodnya tidak menjadi. Oleh itu, beliau perlu melengkapkan diri dengan kemahiran melakukan proses debugging secara cekap dan berkesan.

Methodology - Kebanyakan pasukan pembangunan perisian pada hari ini akan memilih methodology tertentu sebagai asas. Sekurang-kurangnya, seseorang pengaturcara perlu faham methodology seperti Waterfall dan Agile untuk membolehkan dirinya menyesuaikan diri dalam mana-mana pasukan pembangunan yang akan disertainya.

.
Disesuaikan dari:
https://dzone.com/articles/the-technical-skills-you-need-to-have-as-a-softwar

No comments: