Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Tuesday, January 07, 2014

Apa itu VB.NET

(Apa Itu, Maksud, Erti, Definisi VB.NET)

VB.NET adalah bahasa berorientasikan objek yang berasal dari bahasa Visual Basic yang disasarkan untuk persekitaran .NET.


Apa itu C#?

(Maksud, Erti, Apa Itu, Definisi C#)

C# (disebut sebagai see sharp) adalah sejenis bahasa pengaturcaraan yang dibina oleh Microsoft menerusi inisiatif .NET dan kemudiannya diterima oleh badan penarafan ECMA sebagai ECMA-334 dan ISO/IEC 23270:2006. C# adalah salah satu bahasa yang direka untuk Common Language Infrastructure di dalam .NET.

C# disasarkan untuk menjadi bahasa berorientasikan objek yang moden, pelbagai guna dan mudah. Ia dibangunkan oleh pasukan yang diketuai oleh Anders Hejlsberg. Versi terkini adalah C# 5.0 yang dikeluarkan pada 15 Ogos 2012.

iPhone itu apa?



iPhone adalah sejenis nama produk telefon pintar mudah alih yang direka dan dijual oleh syarikat Apple. iPhone menjalankan perisian sistem yang dipanggil iOS. Generasi pertama iPhone dikeluarkan pada 29 Jun
2007. Generasi ke7, iPhone 5 dan iPhone 5 S, dikeluarkan pada 10 September 2013.




Erti Computer (Komputer)

Baca:
1) http://notarazi.blogspot.com/2009/04/maksud-komputer-dan-sejarahnya.html
2) http://notarazi.blogspot.com/2009/04/maksud-sistem-komputer.html

Maksud Demo System (Sistem Demo)


Perkataan Demo adalah singkatan dari perkataan Demonstration yang bermaksud sesuatu yang ingin ditunjukkan. Demo System (Melayu: Sistem Demo) bermaksud sesuatu sistem maklumat yang dihasilkan dengan tujuan membentuk kefahaman tentang sesuatu perkara atau konsep.

Kebiasaannya Demo System dihasilkan apabila pihak pembangun perisian (Software Developer) mahu memberikan gambaran kasar kepada pengguna atau pemilik sistem tentang bagaimana perisian yang dicadangkan seharusnya berfungsi. Melalui kaedah ini pihak pembangun perisian tidak perlu membelanjakan wang, sumber atau masa yang banyak bagi menghasilkan perisian yang lengkap. Memadai dengan hanya memperlihatkan ciri-ciri utama perisian yang relevan dengan keperluan penggunanya.