Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Sunday, August 02, 2009

Masalah-ada hantu di rumah saya

Biasa kita mendengar kisah orang yang membeli rumah dan kemudiannya mendapati rumah itu dihuni pula makhluk lain. Dilemma melanda samada nak menghalau atau meninggalkan sahaja rumah itu.

Jangan rasa pelik jika komputer juga boleh jadi berhantu. Ya, memang sesuatu yang menyulitkan dan menyusahkan apabila mendapati komputer milik kita dihuni oleh makhluk lain yang hidup dengan caranya sendiri hingga kadang-kadang dan sememangnya mengancam 'private life' kita.

Exterminate-it.com mengklasifikan hantu komputer (atau istilah akademiknya, Malicious Software a.k.a 'Malware') kepada beberapa jenis:

1) Trojan
Trojan adalah Malware yang menyamar sebagai program yang sah tetapi disebalik itu ia melakukan kerja-kerja merosakkan sistem komputer. Ia tidak bercambah tetapi kewujudan seekor dua Trojan dalam sistem komputer sudah cukup untuk melemahkan sistem tersebut.


2) Spyware
Spyware adalah program pengendap yang bertujuan mengumpulkan profil pemilik komputer tersebut. Secara diam-diam Spyware menghantar laporan kepada tuannya. Trojan juga boleh menjadi Spyware jika ia turut membuat hubungan luar dari komputer yang dihuninya dan menyampaikan maklumat berkenaan komputer tersebut.

3) Backdoor
Backdoor, sepertimana namanya, membuka 'pintu belakang' sistem komputer yang dicerobohinya; membolehkan sistem tersebut ditembusi dan 'dianiaya' oleh si penceroboh.


4) RAT
Remote Access Tool adalah program yang membantu penggodam komputer menguasai komputer yang diserangnya seterusnya menjadikan komputer mangsa itu sebagai 'zombie' (mayat hidup). Maksudnya, sistem komputer itu dapat dikawal dan digunakan untuk kegiatan jenayah siber seperti melancarkan serangan ke atas komputer lain ataupun menghantar maklumat propaganda ke jaringan sistem komputer.


5) DOS
Denial Of Service Attack adalah satu bentuk serangan yang bertujuan melemahkan Laman Web dan mengakibatkan sistem pertahanannya ditembusi dan dikuasai oleh penggodam web.


Persoalannya bagaimana program2 ini boleh masuk dan menumpang di dalam komputer kita? Barangkali kita tidak 'mengunci' rumah komputer kita dengan baik dan boleh jadi juga kita leka meluncur di sana sini dalam Internet tanpa sedar laluan yang kita tempuh itu sebenarnya tidak selamat. Samalah halnya seperti periuk api (mines). Kita takkan tahu ada periuk api sehinggalah periuk api itu meletup. Janganlah halnya begitu!

No comments: