Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Tuesday, August 04, 2009

Bagaimana menggunakan database

Database amat berguna dalam kerja-kerja mengurus dan mengawal maklumat. Untuk menggunakan database dengan cekap, pengguna perlu memahami gambaran kasar bagaimana database berfungsi.

Terdapat berbagai jenis database; Hirarki, Network dan Relational. Yang popular dan lazim digunakan pada masa sekarang adalah Relational. Kewujudan perisian percuma seperti Linux dan MySQL telah merancakkan lagi penggunaan database di kalangan pengguna Internet.

Maksud Relational adalah database yang mengambil konsep tabular data representation (data disusun dalam bentuk table/jadual, seperti jadual kelas contohnya). Konsep ini bukanlah sesuatu yang asing kepada pengguna komputer di pejabat. Rata-rata pengguna telah biasa menggunakan lampiran kerja MS Excel yang juga berkosepkan tabular data representation.


Di dalam Relational Database, satu table mewakili satu set gabungan data yang membentuk entiti tertentu. Contohnya table 'pelajar' mengandungi lajur yang mewakili ciri-ciri pengenalan pelajar (nama, no ic, alamat, email) dan baris (setiap satu baris mewakili maklumat seorang pelajar berdasarkan ciri-ciri tadi). Satu Relational Database boleh mengandungi banyak table. Contohnya Database bagi Sistem Pendaftaran Pelajar mungkin mengandungi table 'pelajar', 'jurusan', 'kelas' dan sebagainya.

MySQL adalah contoh Relational Database. Dalam sistem database MySQL, satu komputer akan berfungsi sebagai hos dan komputer2 laing yang berhubung dengannya berfungsi sebagai klien.

Untuk memahami dengan lebih lanjut, anda boleh mencuba MySQL yang dihoskan secara percuma di http://www.freesql.org/

Pakej perisian MS Office juga mempunyai perisian MS Access yang turut menggunakan konsep Relational Database. Bagaimanapun tujuan asas MS Access adalah untuk pengguna komputer peribadi sahaja. Maka ia tidak direka untuk menampung ramai pengguna dalam sesuatu jaringan komputer.

Walaubagaimanapun sifat MS Access yang mudah dan ramah pengguna menjadikannya popular di kalangan pengguna komputer peribadi dan tidak hairan jika usaha menggabungkan MS Access dan MySQL telah dibuat. Melalui penggunaan perisian pemandu MyODBC, anda boleh menggabungkan MS Access (sebagai Front End) dan MySQL (sebagai Back End).


1 comment:

mademoiselle liana said...

mohon utk guna mklumat...sbg rujukan assgment...tq sbb ada byk mklmt berguna bg saya