Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Monday, April 29, 2013

Looks real


The model is already well-positioned but the photoshop guy is too lazy to apply cut-out.

Sunday, April 28, 2013

Here comes Calligra!


Today I downloaded Calligra from http://www.calligra.org/get-calligra/ and installed it. I run Calligra Words and I think it looks cool. Here, I could see the user interface is more practical than that of Microsoft's Ribbon. Given that the desktop screen is now wider, there is excess space either on left or right side of the viewing window. This space should be utilized. Ribbons are just the other way of refreshing the old style menus; I don't think it's innovative. I'm going to write setup steps and basic steps soon.

Wednesday, April 17, 2013

Apa itu Liferay?


Kata kunci: Pengenalan, Maksud, Erti Liferay
-----

Liferay adalah sistem portal berskala besar yang ditulis dalam Bahasa Java dan diedarkan di bawah perlesenan GNU Lesser General Public License. Ia digunakan untuk memperkasakan rangkaian intranet dan extranet korporat.

Portal Liferay mempunyai ciri-ciri tipikal laman web. Secara asasnya, ia dibina dari gabungan modul kecil yang dipanggil portlet. Liferay turut dipanggil Content Management Framework atau Web Application Framework. Ini adalah kerana berbagai aplikasi boleh dibangunkan dan ditumpangkan di dalam Portal Liferay.

Pengguna yang mahu memasang Portal Liferay tidak perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran pengaturcaraan. Walaubagaimanapun, pembangun aplikasi tambahan Liferay atau portlet perlu faham antaramuka pengaturcaraan Liferay dan mahir menggunakan Bahasa Java.

Portal Liferay boleh dijalankan di atas mana-mana sistem Pelantar yang menyokong Java Runtime Environment. Pakej Portal Liferay yang siap sedia untuk dijalankan telah disediakan beserta Apache Tomcat; pengguna hanya perlu muatturun ke sistem Pelantar dan jalankan Apache Tomcat untuk mengaktifkan portal.

Diterjemah dari https://en.wikipedia.org/wiki/Liferay

Apa itu Drupal?


Kata kunci: Pengenalan, Maksud, Erti Drupal
-----

Drupal adalah Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System, CMS) berdasarkan bahasa PHP dan diedarkan di bawah perlesenan GNU. Ia digunakan sebagai sistem hujung-belakang (back-end) di hampir 2.1% tapak Web di Internet meliputi laman blog peribadi, korporat, politik dan kerajaan termasuklah whitehouse.gov dan data.gov.uk. Ia juga digunakan untuk Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management) dan Kolaborasi Perniagaan (Business Collaboration).

Edaran standard Drupal dikenali sebagai Drupal Core terdiri daripada ciri tipikal CMS. Ini termasuklah pendaftaran akaun pengguna dan pentadbirannya, pengurusan menu, RSS, rekaletak laman dan pentadbiran sistem. Drupal Core boleh diaplikasikan untuk laman brochureware, single-user blog, multi-user blog, forum Internet dan laman komuniti.

Sehingga Januari 2013, terdapat lebih 20,100 modul tambahan yang telah dicipta oleh komuniti pembangun Drupal. Atas sebab inilah, Drupal turut digelar Rangka Kerja Pengurusan Kandungan (Content Management Framework). Drupal turut dikenali sebagai Rangka Kerja Aplikasi Web (Web Application Framework) kerana ia menepati ciri-ciri itu.

Pengguna yang mahu memasang Drupal tidak perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran pengaturcaraan. Akan tetapi, untuk membangunkan aplikasi tambahan Drupal, seseorang itu perlu memahami antaramuka pengaturcaraan Drupal yang canggih ini.

Drupal boleh dijalankan di atas sistem pelantar Web Server seperti PHP dan pangkalan data MySQL atau produk seumpamanya.

Diterjemah dari https://en.wikipedia.org/wiki/Drupal

Apa itu Joomla?


Kata kunci: Pengenalan, Maksud, Erti Joomla
-----

Joomla adalah sistem pengurusan kandungan (Content Management System, CMS) yang digunakan untuk menguruskan kandungan dokumen digital di dalam Web mahupun di dalam rangkaian intranet berdasarkan rangkakerja Model-View-Control (Model-View-Control). Joomla dibangunkan menggunakan bahasa PHP berdasarkan teknik Pengaturcaraan Berorientasikan Objek (Object Oriented Programming, OOP). Joomla menyimpan data perisian di dalam pangkalan data MySQL atau MS SQL. Sehingga March 2012, Joomla telah dimuatturun sebanyak lebih 30 juta kali. Joomla dikatakan CMS kedua yang banyak digunakan selepas WordPress.

Diterjemah dari https://en.wikipedia.org/wiki/Joomla

Apa itu WordPress?


Kata kunci: Pengenalan, Maksud, Erti Wordpress
-----
WordPress adalah sistem pengurusan kandungan (Content Management System, CMS) dan perisian blog (blogging tool) berdasarkan bahasa PHP dan pangkalan data MySQL yang percuma dan bercirikan sumber terbuka (open source). Ia juga boleh ditambah fungsi melalui penggunaan plug-in. Menurut Alexa, WordPress digunakan di hampir 14.7% daripada senarai 1 juta tapak web. Bermula dari Ogos 2011, kira-kira 22% daripada tapak web baru telah menggunakan WorPress. WordPress kini merupakan sistem blog yang popular di Web yang memperkuasakan hampir 60 juta tapak Web serata dunia.


Versi pertama WordPress dikeluarkan pada 27 May 2003 oleh penciptanya, Matt Mullenweg dan Mike Little berdasarkan pengubahan kod terhadap perisian b2/cafelog. Pada Disember 2011, versi ke 3 dimuatturun hampir 65 juta kali.

Diterjemah dari https://en.wikipedia.org/wiki/WordPress