Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Saturday, January 09, 2016

GIMP Photo - Brightness dan Contrast


.
GIMP Photo - Brightness dan Contrast

Penyuntingan Warna melalui Brightness dan Contrast

Brightness dan Contrast adalah kaedah penyuntingan warna paling asas. Brightness dikaitkan dengan elemen warna putih dan hitam manakala Contrast dikaitkan dengan perbezaan warna di antara satu sama lain.
(Keseimbangan Brightness dan Contrast)
Brightness mengukur kecerahan gambar melalui penambahan atau pengurangan elemen warna putih dan hitam. Makin banyak elemen putih, makin cerah gambar sehingga menjadi putih. Makin banyak elemen hitam, makin gelap gambar hingga akhirnya menjadi hitam.

Contrast pula mengukur perbezaan sesuatu warna dengan warna lain di sekelilingnya. Perbezaan warna akan membantu menyerlahkan bentuk objek di dalam gambar. Makin tinggi nilai contrast, makin terserlah bentuk objek tetapi jumlah warna akan berkurangan hingga akhirnya tinggal warna hitam atau gelap sahaja. Makin rendah nilai contrast, makin mendatar bentuk objek hingga akhirnya menjadi kelabu.

Latihan menyunting warna gambar burung

1) Open gambar.

Gambar ini agak gelap. Objek burung tidak berapa menonjol.

2) Pilih menu Image/Colors/Brightness-Contrast...

3) Nilai awal.

4) Nilai yang telah diubah.

4a) Sederhana.
Objek burung kelihatan menonjol keluar sedikit daripada latarbelakang.
4b) Tinggi.
Objek lebih cerah dan terserlah. Tetapi kecerahan itu telah menghilangkan  details pada bahagian dada burung tersebut. Terdapat kesan "over-exposure" (terlampau cerah) pada bahagian belakang burung tersebut.

5) Kesan Artistik

Kita juga boleh mengunakan teknik Brightness Contrast untuk menghasilkan kesan artistik bayang-bayang kepada sesuatu.
5a) Gambar asal
5b) Sebelum diubah nilai Brightness-Contrast.
5c) Selepas diubah.
.

GIMP Photo


.
GIMP Photo

1) Apakah maksud GIMP Photo?

GIMP Photo adalah aplikasi penyunting grafik dan foto yang kelihatan seperti aplikasi komersil PhotoShop tetapi dibina berdasarkan kod sumber terbuka yang berasal dari perisian GIMP.
Ringkasnya, GIMP Photo adalah aplikasi yang berasal dari aplikasi GIMP tetapi telah disesuaikan supaya ia setanding dengan aplikasi komersil Photoshop. Penyesuaian ini melibatkan Menu, Plug In dan Sumber lain yang berkaitan.

2) Kos Lesen menggunakan GIMP Photo.

Olehkerana ia berasal dari sumber terbuka, GIMP Photo tidak memerlukan kos lesen. Pengguna boleh memuatturun aplikasi ini dan menggunakannya tanpa perlu membayar apa-apa.

3) MuatTurun

GIMP Photo terdapat dalam bentuk Windows, Linux dan Mac. Anda boleh muatturun dari http://www.gimphoto.com/p/downloads.html 

4) Edisi windows

Edisi yang digunakan dalam tutorial ini berdasarkan aplikasi yang dimuatturun dari http://sourceforge.net/projects/gimphoto/files/Gimphoto_24.1/gimphoto-24.1.zip 
Edisi ini tersedia dalam bentuk format zip.
Anda perlu unzip sebelum boleh menggunakannya.
Saiznya lebih kurang 21.4 MB.
Edisi ini sejenis aplikasi bersifat portable. Jika dikemudian hari anda tidak mahu menggunakannya lagi, anda boleh padamkan sahaja folder aplikasi ini.
Double-click program gimphoto.exe untuk menjalankannya.
Tunggu hingga proses loading selesai.

5) Antaramuka Pengguna (User-Interface)

Tetingkap GIMP Photo terdiri daripada Tool Panel (sebelah kiri) dan Options Panel (sebelah kanan)
Tool Panel digunakan untuk membuat suntingan grafik manakala Option Panel digunakan untuk menentukan Settings yang lain terhadap objek atau dokumen grafik.
Untuk membiasakan anda menggunakan Tool Panel, kita akan membuat latihan menyunting warna foto dalam latihan berikutnya.
.

Tuesday, December 22, 2015

Maksud Windows Operating System (Win OS)



Maksud Operating System
Maksud Windows Operating System
Maksud Sistem Operasi Komputer

1) Selalunya apabila kita mengunjungi kedai komputer, penjual komputer akan mempromosikan jenama komputer seperti ACER, ASUS, LENOVO dan sebagainya. Perkara selanjutnya yang mungkin turut disebut adalah...
"komputer ini menjalankan sistem operasi Windows" seperti "Windows 7", "Windows 8", atau "Windows 10".
2) Apakah maksud "Windows" sebenarnya? Seperti yang disebut dalam dialog di atas, Windows adalah sejenis perisian (software) yang mengawal sesebuah sistem komputer. Ia dikategorikan sebagai perisian sistem operasi (operating system software) kerana fungsinya mengawal mesin komputer.

3) Tanpa perisian sistem operasi seperti "Windows" maka sistem komputer tidak dapat berfungsi. Bayangkan jika anda membeli Laptop tanpa "Windows" dan menghidupkannya. Laptop ini tidak akan memaparkan apa-apa di skrin kerana ia menunggu arahan selanjutnya.

4) Sebab itulah, jika anda mendapati Laptop yang secara tiba-tiba tidak memaparkan apa-apa di skrin berkemungkinan menghadapi dua masalah:
4.1) Masalah perkakasan komputer (computer hardware), iaitu kerosakan pada skrin, hard disk atau motherboard.
4.2) Masalah perisian sistem operasi (operating system software), iaitu contohnya kerosakan pada perisian Windows. Kadangkala anda mungkin pernah mendengar juruteknik komputer menyebut "Windows system corrupted" maksudnya sistem Windows telah rosak.

5) Mengapakah namanya "Windows"? Bukan "Door"? Bukan "Gate"? dan sebagainya. Jawapannya, pada asalnya istilah "Windows" bermaksud konsep paparan aplikasi di atas skrin komputer dalam bentuk kotak segiempat. Melalui kotak inilah kita berinteraksi dengan aplikasi tersebut.

6) Katakan pengguna mahu menjalankan aplikasi Notepad. Aplikasi Notepad akan dipaparkan dalam bentuk kotak segiempat. Pengguna hanya boleh menaip teks di dalam kawasan kotak ini.  Pengguna boleh membesarkan saiz (maximize) sempadan (border) kotak sehingga memenuhi ruang skrin atau mengecilkan saiz (minimize) sempadan (border) sehingga aplikasi ini tidak kelihatan langsun di atas skrin. Inilah contoh mudah bagi menjelaskan maksud konsep tetingkap (windows).


7) Konsep umum tetingkap (windows) kemudiannya digunapakai oleh syarikat Microsoft yang kemudiannya mendaftarkan nama Windows sebagai tanda niaga produknya (product trade mark). Semenjak tahun 1985 hingga sekarang, produk Windows telahpun melalui siri evolusi seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.
windows=konsep tetingkap
Windows=nama produk keluaran Microsoft
8) Apakah ada produk alternatif kepada Windows? Windows secara umumnya dijual untuk kegunaan Komputer Peribadi (Personal Computer, PC). Jika anda tidak mahu menggunakan Windows, anda boleh memilih perisian Linux. Linux juga adalah perisian yang berperanan seperti Windows. Di samping itu, ada sejenis komputer peribadi yang dikeluarkan oleh syarikat Apple yang mempunyai sistem operasinya sendiri yang dipanggil Macintosh OS atau Mac OS. Jadi ringkasnya, ada tiga perisian operasi yang digunakan oleh sebahagian besar komputer peribadi iaitu Windows, Linux dan Mac OS.




9) Perlukah saya mencuba ketiga-tiga perisian ini? Jawapanya tidak perlu. Setiap komputer atau laptop yang sudah terpasang sistem perisian seperti Windows mempunyai jaminan warranty yang akan terbatal jika anda mengubahsuai sistemnya seperti menukarkan Windows kepada Linux. Oleh itu, gunakanlah komputer anda mengikut sistem yang sudah tersedia supaya jaminan warranty ini melindungi anda dari sebarang masalah di kemudian hari.

Maksud Spesifikasi Komputer




Maksud Spesifikasi Komputer
Maksud Computer Specification

1) Spesifikasi Komputer atau biasa disebut "Spek Komputer" ("Computer Specs") bermaksud ciri-ciri khusus bagi sesebuah komputer. Biasanya ciri-ciri ini meliputi perkara penting yang menentukan prestasi (performance) komputer tersebut.

2) Spesifikasi Komputer merupakan perkara utama yang mesti dipertimbangkan oleh seseorang apabila mahu membeli komputer. Harga komputer relatifnya adalah mahal maka pembeli perlu fikir dengan sebaiknya sebelum membuat pilihan.

3) Gambar di atas adalah contoh perbandingan sistem komputer berdasarkan spesifikasi. Kita boleh bandingkan sistem komputer dengan berbagai cara. Tetapi antara ciri yang mudah boleh dibandingkan adalah:

3.1) Processor - Jenis i3 adalah untuk kegunaan biasa. Jenis i5 dan ke atas adalah untuk kegunaan profesional. Dual Core maksudnya dua subpemproses. Quad Core maksudnya empat subpemproses. Semakin banyak tentulah semakin pantas.

3.2) RAM - Saiz 2GB adalah saiz bagi kebanyakan komputer pada hari ini (tahun 2015). Manakala 4GB dan ke atas mungkin diperlukan jika tugasan kerja yang anda lakukan banyak dan bermuatan berat (maksudnya terlalu banyak kerja mahu diproses seperti pengaturcaraan, kerja pembangunan multimedia atau permainan berkuasa tinggi)

3.3) Hard Drive - Kebanyakan komputer hari ini mempunyai saiz Hard Disk di antara 250GB ke 500GB. Ada juga yang bersaiz 150GB. Saiz Hard Disk bergantung kepada keperluan storan (storage) anda. Jika anda mahu menyimpan banyak fail (seperti kerja, gambar, video etc.) maka saiznya perlu besar. Jika setakat menyimpan fail Word atau Excel, 150GB pun sudah memadai.

3.4) Screen Size - Kebanyakan komputer bersaiz 13 - 14 inci. Lebih besar tentu lebih seronok tetapi ia akan jadi lebih berat dan susah hendak dibawa. Lebih kecil mudah untuk dibawa tetapi mungkin tidak selesa untuk melihatnya.

3.5) Battery Life - Kebanyakan komputer dapat bertahan 4 jam ke atas. Jika anda seorang yang banyak bergerak,  lebih lama bateri itu dapat berkuasa lebih baik. Jika anda kerap guna di rumah atau pejabat sahaja, faktor bateri tidaklah penting sangat. 

3.6) Optical Drive - Optical Drive untuk CD/DVD akan jadi keperluan jika anda mahu memasang aplikasi tambahan atau menonton video. Lebih baik mencari komputer yang sudah ada Optical Drive supaya mudah untuk menggunakannya jika ada keperluan pada masa hadapan.

3.7) USB Drive - USB Drive adalah sejenis port (dalam bahasa mudah, ianya seperti soket elektrik untuk kita mencucukkan peranti tambahan). Hari ini USB Drive boleh digunakan untuk membaca kandungan Flash Drive (Thumb Drive), caj bateri untuk handphone atau membekalkan elektrik kepada aksesori seperti kipas dan lampu.

4) Maklumat di atas adalah spefikasi yang tipikal. Terdapat pelbagai spesifikasi yang lain lagi tetapi cukuplah yang di atas dahulu untuk difahami buat permulaan.

5) Apabila anda mahu membeli komputer baru atau second-hand, janganlah terus beli pada kali pertama anda lihat atau dengar spesifikasinya. Sebaliknya, luangkan sedikit masa pergi ke beberapa kedai atau penjual untuk dengar tawaran mereka. Penjual komputer kadangkala terdesak dan cuba mempengaruhi anda membeli produknya. Jika rasa tidak selesa, batalkan dulu niat mahu membeli supaya anda dapat buat keputusan yang lebih bijaksana kemudian.

Maksud Laptop dan Notebook Computer



Maksud Laptop Computer
Maksud Notebook Computer
Maksud Komputer Laptop
Maksud Komputer Notebook

1) Laptop Computer, dari segi bahasa, bermaksud komputer riba. Ia disebut demikian kerana rekabentuk komputer ini dihasilkan supaya mudah diletakkan di atas riba semasa menggunakannya.

2) Notebook Computer, dari segi bahasa, bermaksud komputer buku nota. Ia disebut demikian kerana rekabentuk komputer ini dihasilkan supaya kelihatan seperti buku nota yang boleh dilipat dan dibuka.

3) Pada hari ini istilah Laptop dan Notebook digunakan untuk jenis komputer yang bersifat mudahalih (portable) yang kebanyakannya boleh dilipat. Ada juga yang boleh ditanggalkan dan bersifat seperti Tablet iaitu skrinnya boleh menerima input sentuhan. Ada pula yang lebih kecil dan murah yang dipanggil Netbook yang terhad untuk kegunaan pelayaran Internet dan aktiviti pemprosesan ringkas sahaja.

Saya lebih suka menggunakan istilah Laptop. Istilah Notebook kadangkala boleh mengelirukan pendengar kerana mereka mungkin menyangka saya bercakap tentang "Buku Nota" atau aplikasi "Note Book" atau perkara lain yang bernama "Note Book". Sedangkan apabila saya menyebut "Laptop", selalunya pendengar akan terus faham bahawa saya sedang bercakap tentang "Komputer Laptop".

4) Apapun jenis komputer mudahalih ini, kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang serupa iaitu:
4.1) Skrin untuk OUTPUT.
4.2) Papan Kekunci (keyboard) untuk INPUT.
4.3) TrackPad untuk INPUT (kita gerakkan jari pada pad dan ikon penunjuk akan bergerak di skrin)
4.4) Motherboard untuk PROCESS (motherboard berada di dalam badan utama laptop)

5) Terdapat berbagai jenama Laptop di pasaran. Kebaikannya, kita ada banyak pilihan untuk menepati kehendak dan citarasa kita. Kelemahannya, kita mungkin buntu memilih yang mana satu yang sebenarnya sesuai dengan keperluan kita.

6) Beli Laptop "ikut keperluan" bukan "ikut kehendak". Apakah "keperluan" untuk menggunakan Laptop? Biasanya Laptop digunakan untuk membuat kerja...
6.1) ...kepejabatan seperti menaip surat dan lembaran kerja.
6.2) ...pengaturcaraan.
6.3) ...rekabentuk kreatif.
6.4) ...bisnes atas-talian (online business)
6.5) ...hiburan (mungkin kurang tepat juga jika hendak disebut kerja hiburan)

Bagi kebanyakan kerja di atas, Laptop biasa yang berharga di antara RM1000 ke RM2000 sudah memadai untuk memenuhi keperluan pengguna. Akan tetapi jika keperluan pengaturcaraan atau rekabentuk kreatif itu memerlukan keupayaan tinggi, maka pembeli perlu bersedia membelajakan RM2000 ke atas. Umpamanya Laptop bernama MacBook Pro berharga RM4000 ke atas. Ia kelihatan mahal tetapi ia mempunyai keupayaan tinggi melaksanakan kerja pengaturcaraan dan rekabentuk yang rumit.

7) Maklumat teknikal terperinci tentang Laptop disebut sebagai Spesifikasi (Specification). Kita akan bincangkannya pada masa akan datang.