Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Monday, January 23, 2012

Digitalmukmin serlah kreativiti fotografi Ustaz Azhar

Pok Man Kiter Juzuk 12

Oleh: Inimajalah.com

Tarikh: Monday, January 23, 2012, 1:46

Ramai mengenali Ustaz Azhar Idrus sebagai pendakwah popular yang gaya penyampaian memikat ramai orang.

Kuliah agamanya kini diikuti ramai menerusi pelbagai media, termasuk kaset, cakera padat dan Internet.

Paling terbaharu ialah menerusi bukunya Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa yang kini muncul sebagai buku paling laris di pasaran.




Hampir 30,000 naskah buku itu sudah terjual hanya dalam tempoh lima minggu selepas ia diterbitkan.

Selain sebagai pendakwah dan penceramah berkesan, Ustaz Azhar sebenarnya seorang ahli fotografi yang hebat.

Menerusi kreativitinya terpantul pelbagai imej menarik menggunakan teknologi fotografi.

Hasil kreativiti beliau dapat diamati di digitalmukmin.com. Ia meliputi pelbagai kategori imej, termasuklah bangunan, haiwan, alam semulajadi dan potret.

Perkembangan mengenai fotografi oleh Ustaz Azhar juga dapat diikuti di Facebokk di sini. – inimajalah.com

No comments: