Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Sunday, January 22, 2012

Apa itu iPhone?



(tajuk berkaitan: what is iPhone, erti iPhone, definisi iPhone, pengenalan iPhone, maksud iPhone, produk Apple)

iPhone adalah satu barisan produk smartphone (Melayu:telefon Pintar) yang dipasarkan oleh Apple Inc di mana ia bercirikan multimedia dan Internet. iPhone pertama diperkenalkan oleh Steve Jobs, Ketua Pegawai Eksekutif Apple pada 9 Januari 2001 dan diedarkan pada 29 Jun 2007. iPhone generasi ke 5, iPhone 4 S, telah diperkenalkan pada 4 Oktober 2011, dan diedarkan 10 hari kemudian.

iPhone boleh berfungsu sebagai kamera video, kamera telefon, pemain media mudah alih, dan pelanggan (English:client) Internet yang merangkumi keupayaan email dan pelayaran web, boleh menghantar teks dan menerima kiriman suara, dan mempunyai penyambungan Wi-Fi dan 3G. Antaramukanya dibina berdasarkan skrin multi sesentuh termasuklah papan kekunci maya.

Terdapat lima generasi iPhone, setiap satunya diiringi oleh lime keluaran iOS (iPhone OS, Melayu:Perisian Sistem Operasi iPhone)

Generasi iPhone:
1) iPhone GSM
2) iPhone 3G
3) iPhone 3GS
4) iPhone 4
5) iPhone 4S

iPhone 4S bercirikan kamera resolusi tinggi (8 Megapixel) 1080p rakaman video, pengesanan muka (english: face detection), penstabilan video (english: video stabilization), pemproses dwi core, pelbagai-piawai sokongan wayarles, sokongan GLONASS dan sistem kawalan suara semulajadi (SIRI).





Topik berkaitan:

No comments: