Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Friday, December 09, 2016

Maksud Linux Kernel



Secara literal, kernel bermaksud bahagian dalam buah bercengkerang seperti buah kelapa sawit. Isinya lembut dan sedikit sahaja tapi di situlah letaknya nilai buah tersebut.

Demikian juga halnya dengan Linux Kernel. Ia adalah bahagian perisian (software) teras yang menjadi perantara di antara mesin komputer dan perisian pengguna yang lain. Sebagai contohnya, pakej Red Hat Linux yang bersaiz sebesar 2.5++ GB sebenarnya mengandungi 47MB sahaja perisian Linux Kernel iaitu kira-kira 2% dari keseluruhan pakej tersebut.  Selebihnya adalah perisian tambahan yang dikenali sebagai perisian pengguna.



Gambarajah di atas menunjukkan peranan Linux Kernel di dalam sistem komputer. Linux Kernel menyediakan khidmat menghubungkan perisian pengguna dengan peranti komputer melalui pintu masuk yang dipanggil System Call

Dari perspektif pengaturcara, System Call kelihatan seperti Function Call sahaja. Namun realitinya ia berbeza sama sekali kerana System Call melibatkan peralihan dari ruang pengguna (user space) kepada ruang kernel (kernel space). Perisian yang membuat System Call tidak perlu mengetahui bagaimana isyarat dihantar kepada atau diterima daripada peranti. Sebaliknya adalah memadai bagi perisian pengguna menggunakan arahan System Call yang disediakan oleh Linux Kernel. Konsep abstraction ini dikenali sebagai Linux Virtual Machine.

Linux Kernel juga bersifat modular; modul boleh ditambah atau dibuang secara dinamik. Hal ini membolehkan saiz Linux Kernel diminimakan dan ia boleh menerima/membuang modul tanpa perlu dihidupkan semula atau reboot.



Terdapat beberapa bentuk nama fail Linux Kernel seperti ditunjukkan di atas. Gambar di atas menunjukkan nama fail Linux Kernel ie vmlinuz; vm membawa maksud virtual memory dan z membawa maksud ianya adalah sejenis compressed format.

Thursday, December 08, 2016

Maksud Linux Initial Ram Disk (initrd)


Linux Initial RAM disk (initrd) adalah akar sistem fail permulaan (inital root file system) yang dipasang (mounted) ke dalam memori komputer untuk digunakan dalam First-stage Boot Loader. initrd mengandungi set minimal File Directory dan Executable yang diperlukan bagi menjalankan proses boot.

Setelah proses boot selesai initrd mungkin akan terus berjalan atau tamat bergantung kepada sistem yang menjadi host. Jika sistem ini dijalankan di dalam Desktop atau Server, peranan initrd adalah sekadar menghubungkan kepada root file system yang sebenar. Ia akan berhenti sebaik sahaja root file system dijalankan. Walaubagaimanapun, jika sistem ini djalankan di dalam embedded system yang tidak mempunyai storan, initrd akan terus berjalan sehingga sistem itu dimatikan.

Disesuaikan dari: https://www.ibm.com/developerworks/library/l-initrd/

Maksud Linux Boot Process (bootstrapping)


Bootstrapping bermaksud menghidupkan mesin komputer. Pada zaman dahulu, ia melibatkan proses mekanikal iaitu memasukkan kertas tape yang mengandungi arahan komputer. Sebaliknya, pada masa kini, kaedah bootstrapping banyak melibatkan proses elektronik.

Apabila sistem komputer dihidupkan buat pertama kali atau sesudah reset, ia akan mencari kod permulaan arahan di tempat tertentu yang telah diketahui. Contohnya, memori Basic Input/Output System (BIOS) iaitu memori yang tersimpan di dalam Flash Memory di atas Motherboard. Dari sini proses boot terbahagi kepada dua peringkat iaitu First-stage Boot Loader dan Second-stage Boot Loader. BIOS akan memindahkan First-stage Boot Loader ke RAM dan menjalankannya. First-stage Boot Loader pula kemudiannya akan memanggil Second-stage Boot Loader. Saiznya kurang daripada 512 bytes.

Apabila Second-stage Boot Loader, ia akan memaparkan splash screen dan Linux bersama Initial RAM Disk, initrd (sejenis sistem fail sementara) akan dipindah masuk ke dalam memori. Setelah kedua-duanya selesai dipindahmasuk, Second-stage Boot Loader akan menyerahkan kawalan kepada Kernel Image. Second-stage Boot Loader juga akan mengenalpasti hardware devices, memasang root device, dan memindahmasuk kernel modules. Apabila proses ini selesai, program pertama user-space (init) akan dijalankan dan high-level system akan di mulakan.

Disesuaikan dari: http://www.ibm.com/developerworks/library/l-linuxboot/






Tuesday, December 06, 2016

Soalan Asas Linux



1. Apakah Linux?

Linux adalah sejenis Sistem Operasi Komputer berdasarkan UNIX yang diperkenalkan oleh Linus Torvalds. Ia berasaskan Linux Kernel, dan boleh dijalankan di atas berbagai pelantar perkakasan (hardware platform) yang dikeluarkan oleh Intel, MIPS, HP, IBM, SPARC dan Motorola.

2. Apakah jenis pengkelasan Sistem Operasi Linux?

Linux adalah sistem operasi yang menyokong Multi User, Multi Tasking, dan menjalankan pelbagai proses yang melaksanakan berbagai tugas serentak.

3. Apakah perbezaan di antara UNIX dan LINUX?

UNIX berasal dari sistem operasi yang dibangunkan oleh Bell Laboratories, yang kemudiannya berkembang menjadi berbagai versi komersil. Manakala Linux pula adalah percuma, sumber terbuka dan disasarkan untuk menjadi sistem kegunaan semua.

4. Apakah kelebihan Sumber Terbuka?

Sumber terbuka membolehkan kita mengedarkan perisian, termasuk kod sumbernya kepada sesiapa sahaja yang berminat. Pembangun perisian boleh menambahkan ciri-cirinya malah boleh memperbetulkan ralat yang terdapat di dalam kod sumber. Dengan itu, ia memberi manfaat kepada komuniti.

5. Apakah komponen asas Linux?

Komponen asas terdiri daripada: kernel, shell dan GUI, utiliti dan aplikasi. Apa yang membezakan Linux berbanding Sistem Operasi yang lan adalah segenap aspeknya mempunyai ciri tambahan dan kesemua kod program boleh dimuat turun secara percuma.

6. Apakah teras Sistem Operasi Linux?

Teras Linux adalah Kernel.

7. Apakah Linux Kernel?

Linux Kernel adalah perisian paras-rendah (low-level) yang berperanan mengawal perkakasan. Ia juga menyediakan antaramuka untuk interaksi manusia-mesin.

8. Apakah Linux Shell?

Linux shell adalah bahasa arahan interpreter yang melaksanakan arahan yang diterima melalui peranti input (keyboard) atau fail. Shell bukan sebahagian dari Kernel Sistem, tetapi ia menggunakan Kernel Sistem untuk menjalankan perisian, mencipta fail dll.

9. Apakah Linux BASH?

BASH adalah akronim untuk Bourne Again SHell. Ia ditulis oleh Steven Bourne sebagai ganti kepada Bourne Shell (yang diwakili oleh /bin/sh). Ia menggabungkan semua ciri yang ada pada Bourne Shell bersama fungsi tambahan yang lebih mudah dan selesa digunakan. Ia telah diterima sebagai default shell bagi sistem yang menjalankan Linux.

10. Apakah Linux Script?

Script adalah koleksi arahan yang disimpan di dalam fail untuk melaksanakan tugas secara automatik.

11. Apakah CLI?

CLI adalah singkatan kepada Command Line Interface. Ia membantu pengguna memberikan arahan kepada komputer melalui teks yang bersifat deklaratif iaitu gabungan perkataan yang boleh dibaca dan difahami secara literal.

12. Apakah contoh Arahan Linux?

Command [options][arguments]

13. Apakah GUI?

GUI, Antaramuka Grafik Pengguna, menggunakan imej dan ikon yang boleh diklik oleh pengguna sebagai cara pengguna berintreaksi dengan komputer. Pengguna tidak perlu mengingati teks arahan sebaliknya mengecam penggunaan grafik atau ikon sebagai simbol mewakili arahan tertentu.

14. Apakah kaedah alternatif kepada pemasangan Linux secara GUI?

Linux juga boleh dipasang secara arahan teks.

15. Terangkan root account.

Root account adalah seperti akaun pentadbir sistem. Ia membolehkan kita mengawal keseluruhan sistem. Melalui akaun ini, akaun pengguna lain akan dicipta. Root account adalah default account apabila Linux dipasang ke sistem komputer.


Diterjemah dari: http://www.learnitguide.net/2015/11/linux-interview-questions-and-answers-for-beginners.html




Sunday, August 28, 2016

Kenapakah Ionic Popular?


.
KENAPA IONIC? DI MANAKAH IA DIGUNAKAN?

Ionic adalah sejenis Framework untuk pembangunan aplikasi mobile berdasarkan HTML5 Framework yang mana sasarannya adalah untuk menghasilkan Hybrid Mobile Apps.

Hybrid Mobile Apps bermaksud website kecil yang dijalankan melalui browser shell di dalam Mobile Apps yang mampu mengakses fungsi native sesebuah mobile platform. Hybrid Mobile Apps mempunyai banyak kelebihan terutamanya dari segi sokongan platform, kepantasan pembangunan dan capaian kepada 3rd party code.

Bayangkan Ionic sebagai satu front-end framework yang menguruskan look-and-feel dan UI interactions yang diperlukan oleh Mobile Apps anda supaya ia menarik. Hal ini seumpama "Bootstrap untuk Native", tetapi pada masa yang sama masih mempunyai sokongan dari berbagai native mobile components, animasi yang lancar dan rekabentuk yang cantik.

Berbeza dengan Responsive Framework, Ionic mempunyai paparan yang sama seperti native-styled mobile UI dan layout. Namun demikian, oleh kerana Ionic masih lagi sejenis HTML5 Framework, ia memerlukan Native Wrapper seperti Cordova atau PhoneGap untuk membolehkan ia berfungsi seperti mana sifat Native Mobile Apps. Pencipta Ionic mengesyorkan pembangun menggunakan Cordova.


KENAPA IONIC DIBINA?

Ionic dibina kerana penciptanya percaya bahawa HTML5 akan mendominasi persekitaran mobile pada suatu hari nanti sepertimana hal yang berlaku pada persekitaran desktop. Apabila komputer desktop mempunyai keupayaan yang tinggi dan teknologi browser semakin maju, hampir setiap orang menghabiskan masanya dengan browser dan pembangun perisian berlumba-lumba membangunkan aplikasi berasaskan Web. Dengan meningkatnya keupayaan mobile technology, smartphones dan tablets, hal yang sama akan berlaku di sini pada suatu hari nanti.

Dengan Ionic, penciptanya mahu membina HTML5 Mobile Development Framework yang memberi tumpuan kepada Native atau Hybrid Apps dan bukan Mobile Websites, kerana pembangunan website kini sudahpun mempunyai tools yang hebat. Maknanya, Ionic tidak dihasratkan untuk dijalankan di dalam mobile browser app seperti Chrome atau Safari sebaliknya di dalam low-level browser shell seperti UIWebView dalam iOS atau WebView dalam Android yang akan dibalut (wrap) oleh teknologi seperti Cordova/PhoneGap.

Penciptanya juga mahukan Ionic menjadi sumber terbuka dengan disokong oleh pembangunan komersil dan terbuka serta menyediakan komuniti yang kuat bagi projek ini. Sudah terdapat beberapa framework sumber terbuka mirip Ionic di pasaran tetapi hakikatnya mereka masih menghendaki pembangun membeli Lesen Komersil untuk meraih semua manfaatnya.

MEMBINA HYBRID APPS DENGAN IONIC

Mereka yang sudah biasa dengan pembangunan akan mendapati struktur ionic mudah. Pada dasarnya, ia adalah web page yang dijalankan di dalam native app shell! Ini bermakna kita akan menggunakan apa sahaja kaedah HTML, CSS dan JavaScript yang kita kehendaki. Bezanya, tanpa membangunkan website kebiasaan, kita membina aplikasi mobile yang tersendiri.

Hampir kebanyakan kod ditulis dalam HTML, JavaScript dan CSS. Jika pembangun berminat, mereka boleh turut melihat native code di dalam Plugin Cordova (tetapi tanpa berbuat demikianpun anda masih boleh menjadi pembangun Ionic yang hebat).

Ionic juga menggunakan AngularJS Framework sebagai terasnya. Walaupun anda boleh mengelak dari menggunakan kod AngilarJS di dalam projek anda, adalah disyorkan ia turut disekalikan kerana ia adalah antara kaedah terbaik bagi membina aplikasi berdasarkan browser pada hari ini.


Artikel ini disesuaikan dari kandungan asal di http://ionicframework.com/docs/guide/preface.html





Saturday, August 27, 2016

Maksud DevOps


.
Apakah Maksud DevOps?

DevOps adalah gabungan dua perkataan iaiatu DEVeloper dan OPerationS. Ia adalah budaya, pergerakan atau amalan yang menekankan perlunya kolaborasi dan komunikasi di antara pembangun perisian dengan pakar IT yang lain semasa proses automasi penyerahan perisian dan perubahan infrastruktur.


DevOps (a clipped compound of development and operations) is a culture, movement or practice that emphasizes the collaboration and communication of both software developers and other information-technology (IT) professionals while automating the process of software delivery and infrastructure changes.
DevOps - Wikipedia, the free encyclopedia
https://en.wikipedia.org/wiki/DevOpsWikipedia

Peringkat Pembangunan Sistem Tipikal Masakini


.
Apakah peringkat tipikal yang terlibat dalam pembangunan aplikasi masakini?
What are the typical stages involved in the application development nowadays?

Kebanyakan projek pembangunan aplikasi masakini mengamalkan pendekatan Waterfall atau Agile. Namun, peringkat tipikal pembangunan melibatkan perkara yang hampir sama iaitu bermula dengan lakaran rekabentuk dan antaramuka, diikuti dengan prototype/mockup dan disudahi dengan pembangunan Back-End seperti database.


Artikel di bawah membincangkan dengan lebih lanjut tentang Waterfall dan Agile. (Diambil dari: http://www.base36.com/2012/12/agile-waterfall-methodologies-a-side-by-side-comparison/) (Baca juga: http://www.seguetech.com/waterfall-vs-agile-which-is-the-right-development-methodology-for-your-project/)

Agile & Waterfall Methodologies – A Side-By-Side Comparison

There’s a saying that goes “there’s more than agileone way to skin a cat.” Fortunately for cats everywhere, we’re not going to skin one. We’re simply applying this logic to software development.

There are several ways to develop software, two of the most prominent methods being waterfall and Agile. And as anytime there are two ways to go about something, a debate rages about which is best. Does it matter really? Doesn’t either way give you a product (or, well, a skinned cat)?

We’ll let you decide. Today, we’re arming you with information about both waterfall and Agile methodologies so that you can make an informed decision as to what you think is best.





What is the waterfall methodology?
Much like construction and manufacturing workflows, waterfall methodology is a sequential design process. This means that as each of the eight stages (conception, initiation, analysis, design, construction, testing, implementation, and maintenance) are completed, the developers move on to the next step.

As this process is sequential, once a step has been completed, developers can’t go back to a previous step – not without scratching the whole project and starting from the beginning. There’s no room for change or error, so a project outcome and an extensive plan must be set in the beginning and then followed carefully.





Advantages of the Waterfall Methodology
1. The waterfall methodology stresses meticulous record keeping. Having such records allows for the ability to improve upon the existing program in the future.

2. With the waterfall methodology, the client knows what to expect. They’ll have an idea of the size, cost, and timeline for the project. They’ll have a definite idea of what their program will do in the end.

3. In the case of employee turnover, waterfall’s strong documentation allows for minimal project impact.





Disadvantages of the Waterfall Methodology
1. Once a step has been completed, developers can’t go back to a previous stage and make changes.

2. Waterfall methodology relies heavily on initial requirements. However, if these requirements are faulty in any manner, the project is doomed.

3. If a requirement error is found, or a change needs to be made, the project has to start from the beginning with all new code.

4. The whole product is only tested at the end. If bugs are written early, but discovered late, their existence may have affected how other code was written.

Additionally, the temptation to delay thorough testing is often very high, as these delays allow short-term wins of staying on-schedule.

5. The plan doesn’t take into account a client’s evolving needs. If the client realizes that they need more than they initially thought, and demand change, the project will come in late and impact budget.





When should you use waterfall methodology?
1. When there is a clear picture of what the final product should be.

2. When clients won’t have the ability to change the scope of the project once it has begun.

3. When definition, not speed, is key to success.





What is Agile?
Agile came about as a “solution” to the disadvantages of the waterfall methodology. Instead of a sequential design process, the Agile methodology follows an incremental approach.

Developers start off with a simplistic project design, and then begin to work on small modules. The work on these modules is done in weekly or monthly sprints, and at the end of each sprint, project priorities are evaluated and tests are run. These sprints allow for bugs to be discovered, and customer feedback to be incorporated into the design before the next sprint is run.

The process, with its lack of initial design and steps, is often criticized for its collaborative nature that focuses on principles rather than process.





Advantages of the Agile Methodology
1. The Agile methodology allows for changes to be made after the initial planning. Re-writes to the the program, as the client decides to make changes, are expected.

2. Because the Agile methodology allows you to make changes, it’s easier to add features that will keep you up to date with the latest developments in your industry.

3. At the end of each sprint, project priorities are evaluated. This allows clients to add their feedback so that they ultimately get the product they desire.

4. The testing at the end of each sprint ensures that the bugs are caught and taken care of in the development cycle. They won’t be found at the end.

5. Because the products are tested so thoroughly with Agile, the product could be launched at the end of any cycle. As a result, it’s more likely to reach its launch date.





Disadvantages of Agile Methodology
1. With a less successful project manager, the project can become a series of code sprints. If this happens, the project is likely to come in late and over budget.

2. As the initial project doesn’t have a definitive plan, the final product can be grossly different than what was initially intended.





When should you use Agile methodology?
1. When rapid production is more important than the quality of the product.

2. When clients will be able to change the scope of the project.

3. When there isn’t a clear picture of what the final product should look like.

4. When you have skilled developers who are adaptable and able to think independently.

5. When the product is intended for an industry with rapidly changing standards.





Both the Agile and waterfall methodologies have their strengths and weaknesses. The key to deciding which is right for you comes down to the context of the project. Is it going to be changing rapidly? If so, choose Agile. Do you know exactly what you need? Good. Then maybe waterfall is the better option. Or better yet? Consider taking aspects of both methodologies and combining them in order to make the best possible software development process for your project.

Maksud Elasticsearch


.
Apakah maksud Elasticsearch?

Elasticsearch adalah sejenis enjin carian berdasarkan sistem Lucene. Ia menyediakan enjin carian bagi persekitaran perkomputeran teragih melalui antaramuka web dan format JSON (Java Script Object Notation). Ia dibina menggunakan Bahasa Java dan diedarkan sebagai Sumber Terbuka melalui Perlesenan Apache. Ia adalah sejenis Enterprise Search Engine yang popular dikikuti kemudiannya oleh Apache Solr, yang juga berdasarkan Lucene.

Elasticsearch dibangunkan oleh Shay Banon melalui projek perintis Compass pada tahun 2004. Kemudiannya aplikasi ini ditulis semula agar dapat menyokong konsep "scalable search solution" menggunakan antaramuka kebanyakan iaitu JSON dan HTTP yang membolehkan sistem ini turut dapat digunakan oleh bahasa pengaturcaraan selain Java. Versi pertama Elasticsearch diedarkan pada Februari 2010.

Syarikat Elasticsearch BV telah ditubuhkan pada tahun 2012 untuk menawarkan perkhidmatan komersial yang berkaitan dengan Elasticsearch. Pada bulan Jun 2014, kira-kira 18 bulan selepas ia ditubuhkan, syarikat tersebut mengumumkan telah berjaya mengumpul dana sebanyak 70 Juta US Dollar. Ini menunjukkan bahawa terdapat minat yang tinggi di kalangan stakeholders terhadap teknologi seumpama ini.

Elasticsearch boleh digunakan untuk mencari maklumat dalam berbagai jenis dokumen. Ia boleh dijalankan dalam sistem perkomputeran teragih. Antara pengguna utama Elasticsearch adalah Wikimedia, Facebook, StumbleUpon, Mozilla, Quora, Stack Exchange, Pixabay dan lain-lain.


.

Maksud Full-Stack Developer


.
Apakah maksud Full-Stack Developer?

Full-Stack Developer bermaksud seseorang yang boleh membangunkan aplikasi Front-End dan Back-End. Sebagai contohnya, beliau membangunkan aplikasi Front-End menggunakan Mobile Development Tools dan membangunkan pula aplikasi Back-End menggunakan Server-Side Scripts seperti PHP, ASP, JSP dll. Beliau juga mempunyai kemahiran menggunakan Database Server seperti MySQL, MS SQL, Oracle, Sqlite, MongoDb dll. Di samping itu, beliau juga mempunyai kemahiran menghasilkan prototype menggunakan Mock Up Tools seperti Photoshop, Illustrator dan sebagainya.


Seseorang yang berkecimpung sebagai Full-Stack Developer perlu menghabiskan masa yang banyak untuk mempelajari teknik pembangunan dan menyelesaikan masalah yang timbul. Namun demikian, kemahiran ini memberikan beberapa kelebihan kepadanya. Sebagai seorang yang mengetahui keseluruhan persekitaran pembangunan sistem maklumat, dia akan lambat laun meniti kerjaya sebagai Senior Developer dan kemudiannya Manager. Dia juga mempunyai pilihan untuk menjadi usahawan bidang pembangunan sistem maklumat kerana pengetahuannya yang menyeluruh dalam bidang ini. Dari segi pendidikan, dia mempunyai kelebihan untuk mengajar berbagai subjek dalam bidang teknologi maklumat kerana ilmu dan pengalamannya yang luas itu.

Baca juga: https://www.sitepoint.com/full-stack-developer/
.

Friday, August 26, 2016

Apakah Maksud Ionic Framework?


.
Apakah Maksud Ionic (Framework)?

Ionic (Framework) adalah sejenis Software Development Kit (SDK) yang lengkap untuk pembangunan aplikasi mobile. Ia dibina di atas AngularJS Framework dan Apache Cordova Framework. Ionic menyediakan tools (alat) dan services (perkhidmatan) untuk membangunkan Apps menggunakan teknologi Web seperti CSS, HTML5 dan Sass. Apps ini kemudiannya diedarkan melalui App Store sedia ada (seperti Google Play Store dan Apple App Store). Ionic dicipta oleh Max Lynch, Ben Sperry dan Adam Bradley dari Syarikat Drifty pada tahun 2013. Versi 1 yang muktamad telah dikeluarkan pada bulan May 2015. Sebanyak 1.3 juta Apps dilaporkan telah menggunakan Ionic. Pada ketika ini, Versi 2 sedang menjalani peringkat pengujian beta.

Ionic dicipta untuk sasaran Mobile Platform. Ia menyokong Android versi 4.1 ke atas, iOS versi 7 ke atas. Ionic Versi 2 pula menyokong Universal Windows Platform untuk membina Apps bagi Windows 10.

Jika dibandingkan dengan kaedah Hybrid Apps, kaedah gabungan Ionic bersama Native Code iaitu PhoneGap/Cordova didapati menghasilkan prestasi yang lebih baik. Jika dibandingkan pula dengan kaedah jQuery yang menggunakan teknik Document Object Model (DOM) Manipulation, Ionic menggunakan teknik Native Hardware Acceleration melalui AngularJS Framework. Ionic juga menggunakan Cascading Style Sheet (CSS) untuk menghasilkan kesan transisi dan transformasi sebagai cara untuk meningkatkan kelajuan aplikasi.

Baca selanjutnya, Kenapakah IONIC popular?
.
Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Ionic_(mobile_app_framework)

Sunday, August 07, 2016

Siapa midascdn nervesis.com?



Jika anda menggunakan sambungan Internet melalui Telekom, anda akan mendapat mesej ralat Page Not Found yang datangnya dari midascdn.nervesis.com



Carian selanjutnya mempamerkan midascdn dihoskan oleh TM Multimedia.

Siapalah agaknya Si Midas ini?


Maksud “Turn on Intranet Settings”


.
Jika anda menggunakan Internet Explorer untuk meninjau laman web beralamat di localhost, besar kemungkinan anda akan menerima mesej "Do you want to turn on intranet settings?"

Intranet Settings adalah tetapan yang membolehkan aplikasi pada localhost diakses dan digunakan oleh klien. Walaubagaimanapun, apabila akses dibuka, pengguna dalam rangkaian komputer ini mungkin akan terdedah kepada bahaya komputer atau sistem rangkaian diganggu oleh aplikasi yang berbahaya. Maka, secara default, settings ini akan dimatikan melainkan pengguna memilih sebaliknya seperti dalam dialog di atas.

Baca selanjutnya: http://www.sevenforums.com/tutorials/63141-internet-explorer-protected-mode-turn-off.html
.

Maksud 500 Internal Server Error


.
Maksud 500 Internal Server Error

500 Internal Server error adalah mesej umum bagi HTTP Status Code yang bermaksud ada sesuatu yang tidak kena pada web server tetapi web server tidak dapat mengenalpasti dengan lebih khusus.

Mesej ini boleh dipaparkan dalam beberapa bentuk seperti berikut:

"500 Internal Server Error"
"HTTP 500 - Internal Server Error"
"Temporary Error (500)"
"Internal Server Error"
"HTTP 500 Internal Error"
"500 Error"
"HTTP Error 500"
"500. That's and error"

Dalam kebanyakan kes, ia mungkin disebabkan oleh :

1) Permission Error. Kemungkinan ada file atau folder yang tidak diberikan permission yang betul dalam skrip PHP atau CGI. Kebiasaannya kod permission mengandungi nilai 0775 (-rwxr-xr-x) namun barangkali ia telah ditetapkan dengan nilai lain samada secara sengaja atau tidak.

2) PHP Timeout. Sambungan yang mengambil masa terlalu lama boleh juga mengakibatkan ralat 500. Semak Timeout rules atau kod skrip yang menguruskan error handling untuk melihat keadaan yang sesuai bagi mengelakkan masalah Timeout.

3) .htaccess coding error. Adakalanya akses yang ditetapkan di dalam fail .htaccess mengandungi ralat. Semak semula .htaccess untuk mencari ralat kod atau logik jika ada.

Anda juga boleh menyemak maklumat di dalam server log file untuk melihat catatan server tentang apa yang berlaku sehingga mesej ralat kod 500 berlaku.


Disesuaikan dari: http://pcsupport.about.com/od/findbyerrormessage/a/500servererror.htm

.

Tuesday, August 02, 2016

Kemahiran teknikal programmer developer


.
Apakah kemahiran teknikal yang anda perlukan untuk menjadi seorang programmer atau developer?

Untuk menjadi seorang programmer atau developer, tidak dapat tidak, seseorang itu mestilah boleh menulis aturcara dan membangunkan perisian. Terdapat beberapa kemahiran yang mesti dipupuk.

Kuasai satu bahasa pengaturcaraan terlebih dahulu - mempelajari sebanyak mungkin bahasa pengaturcaraan akan memberikan lebih banyak pendedahan kepada dunia pembangunan perisian. Namun, penguasaan mendalam dalam sesuatu bahasa sangat mustahak untuk membolehkan sesebuah projek perisian itu disiapkan. Tambahan lagi, pendedahan kepada terlalu banyak bahasa pengaturcaraan boleh mengelirukan seseorang kerana setiap bahasa itu mempunyai paradigma tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah pembangunan perisian.

Susun kod dengan baik - Maksudnya kod pengaturcaraan ditulis dengan baik, jelas dan mudah difahami tanpa memerlukan "comment" yang banyak. Susunan kod aturcara yang baik juga akan mempamerkan kesenian seseorang pengaturcara dalam menjaga mutu hasil kerjanya.

Guna rekabentuk Object-Oriented - Dalam proses pembangunan perisian, seseorang pengaturcara sebenarnya sedang menguruskan kerumitan masalah pengaturcaraan. Object-oriented adalah selari dengan hasrat ini di mana ia berusaha menguraikan aturcara yang rumit kepada class atau object yang mempunyai tugas dan tanggungjawab khusus.

Algoritma dan struktur Data - setiap pelajar pengaturcaraan akan mempelajari bab ini. Di samping mempelajari asas algoritma dan struktur data, seseorang pengaturcara perlulah mampu menentukan algoritma dan struktur data yang sesuai dengan keperluan pengaturcaraannya.

Development Platform dan Teknologi yang berkaitan - Setiap platform iaitu Windows, Linux, Mac, Android dan iOS mempunyai nilai dan manfaat tersendiri kepada pengguna di pasaran. Pengetahuan dalam pelbagai platform akan memberikan kelebihan kepada seseorang pengaturcara.

Framework atau Stack - Framework bermaksud sekumpulan code libraries yang digunakan untuk platform tertentu. Manakala Stack bermaksud sekumpulan teknologi yang digabungkan bagi menghasilkan aplikasi yang dikehendaki, kebiasaannya melibatkan pemilihan Framework tertentu juga.

Asas Pangkalan Data - Terdapat dua jenis utama iaitu Relational database dan Document database. sekurang-kurangnya seseorang itu perlu tahu bagaimana...
 menggunakan database,
 membuat panggilan query,
 memasukkan, mengubah dan menghapuskan data,
 dan menggabungkan data set.

Disamping itu, pengetahuan lanjut tentang bagaimana database digunakan dalam sesuatu platform, framework atau stack juga sangat mustahak untuk dikuasai.

Source Control - Source Control membolehkan pengaturcara menyimpan sejarah pengubahsuaian kod aturcara. Pada hari ini, hampir kesemua pasukan pembangunan perisian menggunakan sistem Source Control dalam projek mereka.

Build and Deployment - Build and Deployment akan memastikan sistem yang telah dibangunkan akan benar2 menghasilkan kesudahan yang dikehendaki. Sistem yang canggih akan mempunyai unit test atau user test, code quality checks dan laporan terhadap pangkalan kod semasa.

Testing - Sekurang-kurangnya perlu membiasakan diri dengan istilah seperti Whitebox Test, Blackbox Test, Unit Test, Boundary Conditions, Test Automation dan Acceptance Test.

Debugging - Seseorang pengaturcara akan mendapati dirinya terpaksa meluangkan hampir 99% masanya untuk memikirkan kenapa kodnya tidak menjadi. Oleh itu, beliau perlu melengkapkan diri dengan kemahiran melakukan proses debugging secara cekap dan berkesan.

Methodology - Kebanyakan pasukan pembangunan perisian pada hari ini akan memilih methodology tertentu sebagai asas. Sekurang-kurangnya, seseorang pengaturcara perlu faham methodology seperti Waterfall dan Agile untuk membolehkan dirinya menyesuaikan diri dalam mana-mana pasukan pembangunan yang akan disertainya.

.
Disesuaikan dari:
https://dzone.com/articles/the-technical-skills-you-need-to-have-as-a-softwar

Monday, August 01, 2016

Maksud Fog Layer atau Edge Layer Di Dalam Internet of Things


.
Fog Layer atau Edge Layer di dalam teknologi Internet of Things adalah satu konsep yang diperkenalkan dalam satu kajian di Princeton University bagi menerangkan kewujudan Lapisan Ketiga dalam model perkakasan komputer. Lapisan ini bertanggungjawab untuk menghubungkan peranti dengan sistem hujung-belakang (English:Back End) iaitu Pelayan (English:Server).

Kelebihan pendekatan ini adalah seperti berikut:

-Data Filtration: Ia menapis data menjadikannya bersaiz kecil tetapi masih mengekalkan maksud asalnya.

-Connectivity Protection: Ia melindungi sistem apabila berlaku keputusan sambungan. Ia akan menyimpan data dan menghantarnya semula apabila sambungan pulih.

Site Level Management: Ia membolehkan peranti yang menggunakan protokol berbeza dari pelbagai pengeluar diseragamkan sambungannya.

Device Agnostic Control: Ia membolehkan aplikasi server/cloud berjalan tanpa perlu mempedulikan bagaimana peranti dikawal.

Edge Layer mempunyai tiga komponen tipikal iaitu:

1. Device atau Sensor (Melayu:Peranti atau Pengesan). Alat inilah yang akan menghantar atau menerima data atau arahan.

2. Pintu Gerbang (English:Gateway). Gateway menguruskan sambungan menggunakan Standard Protocol seperti HTTP.

3. Edge Controller. Alat Kawalan ini bertanggungjawab menghubungkan Gateway dengan Device yang berada dalam lokasi fizikal. Ia akan mengumpulkan data dari perlbagai Device, memindahkan data dan menerima arahan dari server untuk dilaksanakan pada sebahagian atau kesemua Devices.




.
Rujukan:
https://dzone.com/storage/assets/2605430-dzone-internetofthings-2016.pdf

Maksud Internet of Things (IoT)


.
Kejayaan syarikat kini adalah berkait langsung dengan bagaimana ia menghubungkan aplikasi, data dan peranti (English:device). Cara organisasi bersaing pada hari ini bergantung kepada bagaimana mereka melakukan hal ini. Namun, konsep "peranti" (English:device) telah berubah dengan mendadak. Hari ini, istilah "peranti" bermaksud apa sahaja yang bersambung secara online selain dari klien web tradisional (pelayar web, web browser).

Alat pengesan, mesin, lampu jalan dan perkakasan umpamanya, sekarang sudah menjadi peranti tersambung (English:connected device). Peralihan kepada peranti tersambung pintar inilah yang dipanggil IoT atau Internet of Things. Kita kini memakai peranti, menggunakannya dalam aktiviti seharian, dan peranti ini berinteraksi dengan persekitaran rumah, tempat kerja dan di mana-mana sahaja. Mereka menjadi semakin penting dalam kehidupan seharian.

IoT merupakan satu Peralihan Senibina (English:Architectural Shift)

IoT menukar model perkakasan komputer yang kita telah gunakan selama 40 tahun yang lepas. Walaupun komputer telah melalui berbagai fasa model perkakasan komputer (seperti skrin hijau, komputer mini, komputer peribadi, perkomputeran awan dan perkomputeran mudah alih), hakikatnya senibina komputer tetap kekal iaitu klien-pelayan (English:Client-Server). Hal ini berubah apabila IoT memperkenalkan satu lapisan perkakasan ketiga yang mengubahsuai konsep klien-pelayan.

Klik di sini untuk baca konsep lapisan perkakasan ketiga.
.

Rujukan:
https://dzone.com/storage/assets/2605430-dzone-internetofthings-2016.pdf

Maksud ifconfig

Maksud ifconfig

Maksud Ipconfig


.
Internet Protocol Configuration (ipconfig) adalah satu aplikasi yang boleh mengumpulkan semua maklumat berkaitan konfigurasi semasa Transmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP). Melalui paparan srin pengguna aplikasi ini akan mendapat berbagai maklumat konfigurasi yang berguna untuk aktiviti yang berkaitan dengan komunikasi rangkaian.
.

Maksud TCP/IP Model


TCP/IP adalah bahasa komunikasi asas atau protokol untuk Internet. Ia juga boleh digunakan sebagai protokol komunikasi untuk rangkaian persendirian seperti Intranet atau Extranet.

Maksud Open Systems Interconnection model (OSI model)


Maksud Open Systems Interconnection model (OSI model)

Maksud Promiscuous Mode


Maksud Promiscuous Mode

Maksud Network Port Mirroring



Maksud Network Port Mirroring

Maksud TCP 3-Way Handshake


Maksud TCP 3-Way Handshake

Maksud Network Sniffing


Maksud Network Sniffing

Maksud Duplex (telecommunications)


.
Maksud Duplex (telecommunications)

Duplex Communication (Melayu: Komunikasi Duplex) bermaksud kaedah perhubungan poin ke poin (English: point) di mana setiap poin dapat berkomunikasi dalam dua hala. Dalam kata lain, kedua-dua poin boleh menghantar dan menerima isyarat komunikasi.

Duplex berasal dari perkataan "duo" yang bermaksud dua dan "plex" yang bermaksud "struktur" atau "bahagian". Maka, sistem duplex mengandungi dua jalan transmisi data di mana setiap satunya mengikut arah yang berlawanan. Contohnya, dalam komunikasi di antara poin A dan poin B, satu jalan membawa isyarat dari poin A ke poin B manakala satu jalan lagi membawa isyarat dari poin B ke poin A.

Sistem duplex pula terbahagi kepada full duplex (Melayu: Duplex Penuh) dan half-duplex (Melayu: Separa Duplex).

Contoh Full Duplex adalah telefon di mana kedua-dua pengguna boleh bercakap dan mendengar dalam masa yang sama.

Contoh Half Duplex adalah walkie-talkie di mana hanya salah seorang pengguna sahaja yang boleh bercakap dalam sesuatu masa.

Terdapat juga sistem yang berlawanan dengan Duplex iaitu Simplex di mana ia hanya membenarkan isyarat dihantar dalam satu hala sahaja. Contohnya, radio, televisyen, mikrofon dan sebagainya.
.

Thursday, July 21, 2016

Apa Beza CISC dan RISC Architecture?


.
Apa Beza CISC dan RISC Architecture?

CISC adalah singkatan kepada Complex Instruction Set Computers manakala RISC adalah singkatan kepada Reduced Instruction Set Computer. Kedua-duanya merujuk kepada Senibina Set Arahan iaitu rekabentuk set arahan untuk diproses oleh komputer, atau secara khususnya Central Processing Unit, CPU (Melayu: Unit Pemprosesan Pusat).

Prestasi CPU diukur melalui kombinasi jumlah arahan, jumlah kitaran pemprosesan per arahan dan jumlah detik masa per kitaran pemprosesan.

CPU Performance = Instruction Count +  Cycle Per Instruction + Clock Cycle Time.

Untuk mencapai prestasi CPU yang terbaik CISC dan RISC mempunyai pandangan yang berbeza.

CISC bertujuan untuk mengurangkan jumlah arahan. Bagi tujuan ini, CISC mempunyai banyak fungsi terbina (built-in function) sedia ada yang boleh digunakan supaya pengaturcara dapat menulis arahan yang pendek. Olehkerana arahan yang ditulis menggunapakai fungsi terbina, jumlah kitaran pemprosesan akan meningkat.

RISC bertujuan untuk mengurangkan jumlah kitaran pemprosesan bagi setiap arahan. Melalui pendekatan ini, setiap arahan yang ditulis akan melibatkan satu kitaran pemprosesan sahaja. Oleh kerana senibina ini menggunakan arahan yang ringkas, jumlah arahan yang diperlukan akan meningkat.

Katakan anda mahu mendarab dua nombor yang diwakili pembolehubah 'a' dan 'b'.

Cip CISC mempunyai fungsi MULT yang membolehkan arahan "MULT a,b" dilaksanakan bagi mendapatkan hasil darab a dan b.

(Walaupun arahan MULT cuma sebaris, ia sebenarnya mengandungi arahan-arahan dalaman untuk melaksanakan fungsi MULT yang akan meningkatkan jumlah kitaran pemprosesan)

Cip RISC tidak mempunyai fungsi sedemikian. Maka langkah yang lebih panjang diperlukan seperti berikut:
LOAD a from memory into register1
LOAD b from memory into register 2
PROD Register1, Register2 (multiply)
STORE Answer back into memory.

(Walaupun langkahnya lebih panjang, cip RISC hanya memerlukan satu kitaran pemprosesan sahaja bagi setiap arahan)




.
Rujukan:
http://www.engineersgarage.com/articles/risc-and-cisc-architecture
http://www.teach-ict.com/as_as_computing/ocr/H447/F453/3_3_3/parallel_processors/miniweb/pg7.htm
https://www.quora.com/What-are-CISC-and-RISC-architecture-How-do-they-differ-from-each-other
http://cs.stanford.edu/people/eroberts/courses/soco/projects/risc/risccisc/

Apa itu Apache Spark?

Apakah Apache Spark?
.
Spark adalah projek Apache yang diiklankan sebagai "lightning fast cluster computing" (perkomputeran teragih sepantas kilat)
.
Apache Spark adalah Rangka Kerja Perkomputeran Kluster Sumber Terbuka. Asalnya dibangunkan oleh Berkeley's AMPLab, Universiti California, kod pangkalnya kemudiannya didermakan kepada Yayasan Perisian Apache yang semenjak itu menyelenggaranya sehingga sekarang. Spark menyediakan antaramuka untuk pengaturcaraan seluruh kluster dengan bercirikan Data Parallelism (Apakah Data Parallelism?) dan Fault Tolerance (Apakah Fault Tolerance?)

Apache Spark menyediakan pengaturcara antaramuka pengaturcaraan yang berpusat pada struktur data yang di panggil Resilient Dataset, RDD, iaitu sejenis data pelbagai set yang diagihkan pada kluster-kluster mesin, yang diselenggara secara Fault-Tolerant. Apache Spark dibangunkan sebagai jawapan kepada kekangan Paradigma Pengaturcaraan Kluster MapReduce, yang memaksa penggunaan struktur aliran data linear di dalam perisian teragih; perisian MapReduce membaca input dari cakera storan, memetakan fungsi bagi data, mengurangkan hasil pemetaan dan menyimpan hasil pengurangan pemetaan ke dalam cakera storan. RDD Spark berfungsi sebagai set kerja bagi perisian teragih yang menawarkan perkongsian memori teragih terhad.
.
Rujukan:
https://en.wikipedia.org/wiki/Apache_Spark
https://www.toptal.com/spark/introduction-to-apache-spark

Monday, July 18, 2016

Laman Web NIOSH Malaysia telah digodam?


.
Hasil Carian Google menyelitkan mesej amaran bahawa laman ini mungkin telah digodam.


Pentadbir laman web NIOSH Malaysia perlu buat sesuatu dengan segera.
.

National Institute of Occupational Safety and Health

www.niosh.com.my/

Lot 1, Jalan 15/1, Section 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. Tel: +603 8769 2100 | Fax: +603 8926 2900 | Email: general[at]niosh.com.my.
.

Friday, July 15, 2016

Apakah Hadoop?


.
Hadoop adalah satu kerangkakerja berdasarkan Bahasa Pengaturcaraan Java yang menyokong pemprosesan set data yang besar di dalam persekitaran perkomputeran teragih (distributed computing). Ia merupakan sebahagian dari project Apache yang dibiayai oleh Yayasan Perisian Apache (Apache Software Foundation).

Hadoop telah membolehkan aplikasi dijalankan di dalam satu sistem yang terdiri daripada ribuan unit (node) melibatkan data yang bersaiz terabyte. Ciri-ciri Sistem Fail Teragih (Distributed File System) yang dimilikinya membenarkan sistem berjalan tanpa terganggu walaupun berlaku kegagalan pada unit (node). Pendekatan ini mengurangkan risiko kegagalan sistem yang teruk meskipun jumlah unit (node) yang gagal itu ketara.

Hadoop diilhamkan dari MapReduce oleh Google, iaitu satu kerangkakerja perisian yang membolehkan aplikasi dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil. Setiap bahagian ini (yang dipanggil fragment atau block) boleh dijalankan di dalam node atau cluster. Pencipta Hadoop, Doug Cutting, telah menamakan sistem ini bersempena nama permainan lembut anaknya iaitu seekor gajah yang bernama Hadoop.

Ekosistem Apache Haddop sekarang mengandungi Hadoop kernel, MapReduce, Hadoop distributed file system (HDFS) dan beberapa projek lain yang berkaitan seperti Apache Hive, HBase dan Zookeeper.

Kerangkakerja Hadoop digunakan oleh pemain gergasi seperti Google, Yahoo dan IBM, terutamanya dalam aplikasi yang melibatkan enjin carian dan periklanan. Pelantar sistem yang dipilih adalah Windows dan Linux. Walaubagaimanapun Hadoop juga dapat dijalankan di atas BSD dan OSX.

Diterjemah dari: http://searchcloudcomputing.techtarget.com/definition/Hadoop

.

Friday, July 08, 2016

Maksud "Man In The Middle"

.
Dalam bidang cryptography dan computer security, "Man In The Middle" adalah gelaran untuk sejenis serangan yang bertujuan memindah atau mengubahsuai maklumat komunikasi yang berlaku di antara dua pihak yang sedang berhubung. Kedua pihak yang berhubung itu tidak menyedari bahawa ada pihak lain yang berada di dalam talian perhubungan mereka dan telah memerhati, memindah atau mengubahsuai maklumat yang sedang disampaikan.
.

Wednesday, June 22, 2016

Kerana Status “Anti Vaksin” Imam Muda Ammar Dihentam Teruk Netizen

.

Kerana Status “Anti Vaksin” Imam Muda Ammar Dihentam Teruk Netizen

Imam Muda Ammar

Kerana Status “Anti Vaksin” Imam Muda Ammar Dihentam Teruk Netizen

Beberapa jam yang lepas menjadi trending di laman sosial facebook dengan status facebook seorang imam muda yang bernama Imam Muda Ammar. Rata-rata pengguna laman sosial menghentam teruk dengan status “anti vaksin” yang ditulis oleh imam muda tersebut.

Status facebook yang berbunyi ” 1 kes budak tak vaksin maut terlalu diribut-ributkan. Oh..ingatkan 90%. Rupanya 1% pun tak sampai. Tak tahu pulak Malaikat Maut tak cabut nyawa budak yang vaksin. Dan tak tahu pulak budak yang vaksin dapat extra nyawa. Untunglah… Jangan marah. Tanya je. Kalau ada PM ya”.

Status tersebut telah menimbulkan perasaan marah majoriti rakyat Malaysia dan facebook milik Imam Muda Ammar diserang oleh netizen.
Status 1

Setelah diserang teruk akhirnya status itu dipadam. Namun tidak habis setakat itu. Sekali lagi dia dihentam teruk.
Status 2
Status 3

Akhir-akhir ini wujud golongan ibu bapa yang “anti vaksin” dan tidak mahu anaknya diberikan suntikan vaksin. Hal ini berlaku  kerana mereka percaya dengan berita-berita dari internet tentang bahaya vaksin, padahal berita itu ditulis oleh orang yang tidak ahli atau pakar dalam bidang perubatan. Ramai yang percaya dengan “GOOGLE” berbanding dengan nasihat yang diberikan oleh doktor yang memang terbukti ahli dalam bidangnya.
.
Disalin dari: http://www.blogammar.com/kerana-status-anti-vaksin-imam-muda-ammar-dihentam-teruk-nitizen/
.
Moral: berfikir sebelum menulis
.

Wednesday, June 08, 2016

Maksud "Reconnaissance Attack"


.
Istilah "Reconnaissance Attack" (Melayu: Serangan Pengintipan) bermaksud fasa pra-serangan dalam aktiviti penggodaman. Ia melibatkan pengumpulan maklumat yang bertujuan membina profail organisasi atau rangkaian komputer sasaran untuk mengenalpasti taktik serangan yang cekap. Ia boleh diklasifikasikan kepada lima jenis:

Kejuruteraan Sosial
Pengintipan fizikal
Pengintipan Internet
Pengintipan IP/Rangkaian
Pengintipan DNS
.
Rujukan:
http://www.bayt.com/en/specialties/q/66026/what-are-reconnaissance-attacks/

http://itsecurity.telelink.com/reconnaissance/

Thursday, May 26, 2016

Apakah Elemen SMAC (social, mobile, analytics and cloud)?


Apa Itu Maksud Erti Istilah Komponen SMAC Components



1) Jaringan Sosial - Data Sosial termasuklah maklumat yang dikumpulkan dari jumlah LIKES di Twitter, Facebook, LinkedIn dan Yammer untuk mengkaji garismasa bagi pelanggan: Apa yang mereka perkatakan, apa yang mereka minat, apa yang mereka harapkan dan asas demografi keluarga mereka, kesemuanya dapat diperhati dengan bantuan seperti DataSift.

2) Mobile Devices - Peranti Mudah Alih merupakan satu peralihan baru tentang bagimana perniagaan dicipta. Peranti Mudah Alih membolehkan pengguna mengemaskini profilnya secara berterusan, sedar dengan tawaran atau promosi baru, dapat menjejak lokasi dan habit jualbeli dengan cara sambungan kepada pelbagai peranti wayarles dan Near-Field Communicatiob (NFC).

3) Analytics Programs - Apabila pangkalan data semakin membesar dan keupayaan pemproses dan ingatan berupaya memproses dalam masa yang singkat, kita akan dapati bagaimana analisa dapat dilakukan semudah satu klik tetikus. Analitik menghubungkan kaitan antara entiti dan membuat andaian pintar bagaimana pelanggan bertindakbalas berdasarkan sistem pengetahuan tentang pelanggan - satu sistem yang mengambil maklumat dari Media Sosial.

4) Cloud Computing - Elemen ini merujuk kepada keupayaan perniagaan menggunakan pelbagai kapasiti perkhidmatan atas talian yang dibayar dalam tempoh minit atau jam. Perniagaan tidak lagi perlu membelanjakan jutaan ringgit untuk membina Data Warehouse sebaliknya menyewa dari penyedia perkhidmatan. Apabila keperluan meningkat, mereka hanya perlu meningkatkan langganan perkhidmatan dari penyedia ini.



Maksud SMAC (social, mobile, analytics and cloud)



Apa Itu Maksud Erti Istilah SMAC

SMAC adalah singkatan kepada perkataan Social, Mobile, Analytics dan Cloud. Istilah ini merupakan teknologi yang memandu inovasi perniagaan masa kini.

SMAC mencipta satu ekosistem yang membolehkan perniagaan mempertingkatkan operasi dan mendekati pelanggan dengan kos yang rendah tetapi capaian yang tinggi. Kewujudan mendadak data berstruktur atau tidak berstruktur yang dicipta oleh Peranti Mudah Alih, Alat Pengesan, Media Sosial, Program Kad Setia dan Plelayaran Web telah mencipta model perniagaan baru berasaskan data janaan-pengguna. Teknologi SMAC ini bergabung menghasilkan kelebihan dayasaing kepada perniagaan.

Media Sosial menyediakan pelbagai cara baru kepada perniagaan untuk mendekati pelanggan manakala Teknologi Mudah Alih telah mengubah cara manusia berkomunikasi, berjualbeli dan bekerja. Analytics membolehkan perniagaan memahami cara bagaimana dan bila pelanggan menggunakan barang atau perkhidmatan dan Cloud Computing menyediakan cara baru mencapai teknologi dan data yang diperlukan perniagaan untuk bertindakbalas terhadap perubahan pasaran dan menyelesaikan masalah perniagaan. Di samping setiap teknologi ini memberi impak terhadap perniagaan dengan cara tersendiri, gabungan kesemuanya pula didapati terbukti menjadi kuasa pengubah yang telah mencipta model perniagaan baru kepada penyedia perkhidmatan atas talian.

Kesepaduan teknologi memerlukan polisi dan garispanduan yang jelas serta alat pengurusan  yang boleh menjalankan automasi proses perniagaan. Syarikat media seperti Netflix selalunya disebut sebagai perniagaan yang telah berjaya mengambil manfaat SMAC. Sebagai contohnya, apabila pengguna Netflix memainkan siaran TV dari Netflix Cloud ke ipad, mereka diberi pilihan masuk menggunakan login Facebook. Setelah menonton siaran, pengguna diberikan pelbagai cara memberikan maklumbalas sosial. Mereka boleh memberi rating, menulis review atau berkongsi apaa yang ditontonnya bersama kenalan di Facebook dan Twitter. Maklumat pelanggan di simpan di Cloud dan Netflix boleh membuat analisa ke peringkat terpeinci agar enjin pencadangnya boleh menyediakan cadangan peribadi kepada ahli keluarga yang berkongsi akaun yang sama. Ini adalah konsep yang dikenali sebagai 1:1 marketing.

Sumber: http://searchcio.techtarget.com/definition/SMAC-social-mobile-analytics-and-cloud


Wednesday, April 27, 2016

Maksud Digital Economy


.
Digital Economy (Melayu: Ekonomi Digital) bermaksud ekonomi yang berasaskan teknologi perkomputeran digital. Digital Economy juga adakalanya dipanggil Internet Economy, New Economy atau Web Economy. Istilah Digital Economy juga kini semakin dianggap sebahagian dari Traditional Economy yang menjadikan kedua istilah ini sukar dibezakan dari segi ruang lingkupnya.

Digital economy refers to an economy that is based on digital computing technologies. The digital economy is also sometimes called the Internet Economy, the New Economy, or Web Economy. Increasingly, the "digital economy" is intertwined with the traditional economy making a clear delineation harder.
.
Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Digital_economy

Sunday, April 17, 2016

Pendedahan kepada pengaturcaraan melalui aplikasi Didik Hibur


.
LightBot hoc2015
Pada hari ini terdapat berbagai aplikasi Edutainment (DidikHibur) yang boleh mendidik pelajar melalui persekitaran berbentuk hiburan. Melalui kaedah ini, seseorang pelajar berpeluang mempelajari sesuatu perkara yang rumit seperti pengaturcaraan komputer melalui cara yang menyeronokkan. Kaedah DidikHibur bukan sahaja berupaya mengekalkan fokus pelajar malah turut memupuk semangat self-accomplishment (dorongan untuk melengkapkan atau menghabiskan sesuatu tugasan atau cabaran).
Salah satu aplikasi DidikHibur yang sangat berguna dan praktikal untuk memperkenalkan bidang pengaturcaraan kepada pelajar adalah LightBot (www.lighbot.com). Aplikasi permainan ini dipersembahkan dalam bentuk kembara sebuah robot bernama LightBot di mana misinya adalah untuk menghidupkan suis lampu di dalam setiap bilik yang dimasukinya. Untuk menjayakan misi ini, LightBot perlu bergerak, berpusing, melompat dan sebagainya. Di sini, peranan pemain adalah menyusun langkah LightBot supaya misi dapat disempurnakan dalam jumlah langkah yang ditetapkan.
LightBot disediakan dalam bentuk aplikasi Web dan Mobile (rujuk https://lightbot.com/ ). Kewujudan aplikasi LightBot dalam pelbagai platform sangat praktikal kerana pelajar boleh memilih platform yang paling mudah untuk digunakannya.
.