Auto-generate Flow Chart from Java/C++ Codes:

Raptor Flowchart Tutorial For Beginners

Tuesday, January 31, 2012

Facebook for sale!

(tajuk berkaitan: Facebook akan dijual)

Facebook is expected to raise US$5 billion in a preliminary initial public offering (IPO) prospectus to be filed on Feb. 1, as the social network prepares its public debut predicted to be scheduled for this May.

According to the International Financing Review (IFR), the US$5 billion figure was half of the estimated US$10 billion IPO reported earlier. The capital markets magazine stated in its report Tuesday that the smaller number reflected a decision to start with a conservative base before deciding whether to increase. According to IFR, sources close to the deal said this preliminary amount could eventually be raised due to investor demand.

It noted that the timing of the IPO filing appeared to set a framework for Facebook to finalize its IPO by May, pending a smooth registration process with the U.S. Securities and Exchange Commission (SEC). This scheduled tallied with earlier media reports.

The report also revealed that Facebook opted to hire five bookrunners, with Morgan Stanley in the "coveted lead left role"--which refers to where the top underwriter's name will appear on the IPO prospectus. Goldman Sachs, Bank of America Merrill Lynch, Barclays Capital and JP Morgan make up the other four, although sources said the syndicate could also grow, IFR added.

Recent trading of Facebook stock on private exchanges had pointed to a US$80 billion-plus valuation, but IFR noted that since the final pricing of Facebook's shares would not likely be settled in the coming months, what valuation the company was targeting on its IPO remained unclear.

---

from: http://www.zdnetasia.com/facebook-readies-5b-ipo-filing-62303671.htm

Saturday, January 28, 2012

Oracle XE on Virtual Machine

(related title: install, Oracle, express, mesin maya, virtual box)

One thing I hate about installing new software is the risk of disrupting my existing Windows setting; the registry, the folders, libraries etc. Past failures of complete program uninstallation often haunted me.

Luckily, we have VirtualBox now to provide a separate virtual environment that runs safely on top of the existing OS, so that we can test new software without affecting our existing Windows at all.

I am looking for Oracle XE running on Virtual Machine and I have just found http://tech.lds.org/wiki/Oracle_VM . So now I'm dowloading it. I use Orbit downloader to ensure successful download.

Monday, January 23, 2012

Digitalmukmin serlah kreativiti fotografi Ustaz Azhar

Pok Man Kiter Juzuk 12

Oleh: Inimajalah.com

Tarikh: Monday, January 23, 2012, 1:46

Ramai mengenali Ustaz Azhar Idrus sebagai pendakwah popular yang gaya penyampaian memikat ramai orang.

Kuliah agamanya kini diikuti ramai menerusi pelbagai media, termasuk kaset, cakera padat dan Internet.

Paling terbaharu ialah menerusi bukunya Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa yang kini muncul sebagai buku paling laris di pasaran.




Hampir 30,000 naskah buku itu sudah terjual hanya dalam tempoh lima minggu selepas ia diterbitkan.

Selain sebagai pendakwah dan penceramah berkesan, Ustaz Azhar sebenarnya seorang ahli fotografi yang hebat.

Menerusi kreativitinya terpantul pelbagai imej menarik menggunakan teknologi fotografi.

Hasil kreativiti beliau dapat diamati di digitalmukmin.com. Ia meliputi pelbagai kategori imej, termasuklah bangunan, haiwan, alam semulajadi dan potret.

Perkembangan mengenai fotografi oleh Ustaz Azhar juga dapat diikuti di Facebokk di sini. – inimajalah.com

Sunday, January 22, 2012

Apa itu Android?

(tajuk berkaitan: what is android, maksud, erti, makna, pengenalan, komputer, android)

Android adalah sistem operasi berasaskan Linux untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar dan komputer buku. Ia dibangunkan oleh Perikatan Telefon bimbit Terbuka (english:Open Handset Alliance) yang diketuai oleh Google. Google membeli pemaju permulaan perisian, Android Inc, pada tahun 2005.

Pengedaran Android pada tahun 2007 telah diumumkan serentak dengan penubuhan Perikatan Telefon bimbit Terbuka, sebuah konsortium yang terdiri daripada 86 syarikat perkakasan dan perisian di mana tumpuannya ialah untuk memajukan piawai terbuka untuk peranti mudah alih.

Google mengeluarkan kod Android sebagai sumber terbuka (english:open source), di bawah Lesen Apache. Projek Android Open Source (AOSP) ditugaskan dengan penyelenggaraan dan pembangunan selanjutnya Android.

Android mempunyai komuniti pembangun perisian ("apps") yang besar yang mengembangkan fungsi peranti. Pemaju menulis kod terutamanya dalam versi Java yang telah disesuaikan.

"Apps" boleh dimuat turun daripada laman web pihak ketiga atau melalui kedai online seperti Android Market iaitu kedai "Apps" yang dikendalikan oleh Google.

Sehingga Oktober 2011, terdapat lebih daripada 400,000 "Apps" untuk Android, dan anggaran bilangan permohonan yang dimuat turun daripada Pasaran Android Disember 2011 melebihi 10 bilion.

Android telah disenaraikan sebagai platform yang paling laris untuk telefon pintar di seluruh dunia pada Q4 2010 oleh Canalys dengan lebih 200 juta Android peranti yang digunakan oleh November 2011. Menurut Rubin Andy dari Google, sehingga Disember 2011 sebanyak lebih 700,000 Android peranti diaktifkan setiap hari.

Apa itu Angry Birds?

(tajuk berkaitan: maksud angry birds, erti angry birds, makna angry birds)

File:Angry-Birds-in-Game-Play-1.jpg

Angry Birds (melayu:Burung Marah) adalah perisian aplikasi permainan yang pada mulanya dikeluarkan melalui perkakasan komunikasi Apple, iPhone.

Burung yang marah ini (english:Angry Birds) sebenarnya mahu menyerang dan memusnahkan kubu babi. Pemain dikehendaki memikirkan sasaran dan taktik yang terbaik untuk mencapai tujuan ini.

Dilaporkan kira-kira 12 juta salinan permainan ini telah terjual. Kenapa ia sangat popular?

Apa itu Wiggy 39?

(tajuk berkaitan: what is Wiggy 39? maksud Wiggy 39? Erti Wiggy 39)


Wiggy 39 adalah salah satu daripada pakej tawaran sambungan Internet Wayarles (english:wireless Internet) daripada syarikat P1 Wimax. Dengan harga sebanyak RM39, seseorang itu sudah boleh melayari Internet secara wayarles; maknanya di mana-mana sahaja walaupun di atas kenderaan, sambungan Internet tidak menjadi masalah lagi.

Walaubagaimanapun, olehkerana ia pakej yang terendah, kemudahan yang ditawarkan adalah terbatas. Jika anda sudah biasa menonton youtube atau memuat turun fail yang besar, sudah tentu anda tidak akan selesa dengan sambungan berkapasiti kecil. Ia mungkin sesuai untuk aktiviti e-mail atau semakan data segera dan bukannya sambungan untuk bersantai di Internet.



Apakah keistimewaan iPhone?

(tajuk berkaitan: kelebihan iPhone, kehebatan iPhone, special about iPhone, istimewa iPhone, hebat iPhone, bagus iPhone)

Antara perkakasan perhubungan mudah alih yang sering diperkatakan pada hari ini termasuklah Apple iPhone, BlackBerry, Samsung Galaxy dan berbagai lagi mesin komunikasi canggih yang dilengkapi dengan kemudahan multimedia, Internet dan perisian peribadi.

(Apakah iPhone sebenarnya?)

iPhone dikeluarkan oleh syarikat Apple, sebuah syarikat yang terkenal dengan inovasi dalam penciptaan mesin komputer peribadi. Apple sentiasa menekankan penelitian penghasilan kerja dan mutu penciptaan yang tinggi. Oleh itu iPhone dicipta dengan ciri-ciri teknologi yang tinggi yang menjadikan ia mesin yang pantas. Pada masa yang sama, ciri ramah pengguna turut ditekankan yang menjadikan ia mesin yang begitu mudah digunakan; semudah sentuhan jari.

Tawaran iPhone murah dari Digi



iPhone 4S
From
RM2,090
RRP: RM2,199
Recommended Plan:
iDiGi 138
RM88
monthly
(with Auto-Billing)
Buy Online
Promotions:
  • RM1,309 rebate (RM109 off RRP, RM1,200 total rebates incl. Auto-Billing)
  • RM100 waiver for administration fee
  • Free delivery with online purchase
  • 30-day free trial for DiGiMusic™ Play

Apa itu iPhone?



(tajuk berkaitan: what is iPhone, erti iPhone, definisi iPhone, pengenalan iPhone, maksud iPhone, produk Apple)

iPhone adalah satu barisan produk smartphone (Melayu:telefon Pintar) yang dipasarkan oleh Apple Inc di mana ia bercirikan multimedia dan Internet. iPhone pertama diperkenalkan oleh Steve Jobs, Ketua Pegawai Eksekutif Apple pada 9 Januari 2001 dan diedarkan pada 29 Jun 2007. iPhone generasi ke 5, iPhone 4 S, telah diperkenalkan pada 4 Oktober 2011, dan diedarkan 10 hari kemudian.

iPhone boleh berfungsu sebagai kamera video, kamera telefon, pemain media mudah alih, dan pelanggan (English:client) Internet yang merangkumi keupayaan email dan pelayaran web, boleh menghantar teks dan menerima kiriman suara, dan mempunyai penyambungan Wi-Fi dan 3G. Antaramukanya dibina berdasarkan skrin multi sesentuh termasuklah papan kekunci maya.

Terdapat lima generasi iPhone, setiap satunya diiringi oleh lime keluaran iOS (iPhone OS, Melayu:Perisian Sistem Operasi iPhone)

Generasi iPhone:
1) iPhone GSM
2) iPhone 3G
3) iPhone 3GS
4) iPhone 4
5) iPhone 4S

iPhone 4S bercirikan kamera resolusi tinggi (8 Megapixel) 1080p rakaman video, pengesanan muka (english: face detection), penstabilan video (english: video stabilization), pemproses dwi core, pelbagai-piawai sokongan wayarles, sokongan GLONASS dan sistem kawalan suara semulajadi (SIRI).





Topik berkaitan:

Saturday, January 21, 2012

Free ASP.net hosting services

(tajuk berkaitan: Hosting percuma, Hosting ASP.net percuma, hos laman web percuma)


I went to http://www.free-webhosts.com/free-asp-hosting.php to find any websites that offer free ASP.net hosting plus MS SQL.

I tried to register with HelioHost, 0000Free, X10Hosting and Somee. For the initial round, I discovered that X10Hosting dan Somee provides easy registration and fast activation (but please wait for at least 30 minutes to get the DNS pointing to your site correctly).

In terms of Admin User Interface, X10 is using CPanel while Somee is using something like Plesk (Windows style).

As for a start, i will copy ASP.net script samples from http://www.w3schools.com/aspnet/default.asp



Saya pergi ke http://www.free-webhosts.com/free-asp-hosting.php untuk mencari mana-mana tapak web yang menawarkan hosting percuma untuk ASP.net beserta MS SQL.

Saya cuba untuk berdaftar dengan HelioHost, 0000Free, X10Hosting dan Somee. Untuk pusingan awal, saya dapati X10Hosting dan Somee menyediakan pendaftaran yang mudah dan pengaktifan pantas (tetapi tunggu sekurang-kurangnya 30 minit bagi DNS menunjuk arah yang betul ke tapak web anda).

Dari segi Antaramuka Pentadbir, X10 menggunakan CPanel manakala Somee menggunakan sesuatu yang seakan Plesk (Gaya Windows).

Buat permulaan, saya akan salin skrip ASP.net contoh dari http://www.w3schools.com/aspnet/default.asp

Maksud Phishing

(tajuk berkaitan: erti phishing, apa itu phishing, definisi phishing, definasi phishing)

Phishing adalah apa jua percubaan untuk mencuri maklumat seseorang yang boleh dilakukan samada melalui telefon, email, chat atau faksimili. Melalui kaedah kejuruteraan sosial (english:social engineering), pelaku phishing berpura-pura seperti mahu mendapatkan maklumat untuk sesuatu urusan yang sah. Selalunya mangsa yang tertipu adalah mereka yang naif (english:naive) tentang jenayah ini.

Maksud Spam

(tajuk berkaitan: erti spam, apa itu spam, definisi spam, definasi spam)

Spam adalah apa jua komunikasi yang tidak dikehendaki oleh penerimanya. Ia meliputi pelbagai aktiviti antaranya email dan sms berisi maklumat yang tidak diminta dan tidak diperlukan oleh penerimanya. Tujuan spam samada sebagai taktik pemasaran atau taktik mengumpan si penerima.

Maksud Spyware

(tajuk berkaitan: erti spyware, apa itu spyware, definisi spyware, definasi spyware)

Spyware (melayu:Perisian Pengintip) hampir sama dengan Adware (melayu:Perisian Iklan) yang dipasang pada sesebuah komputer tanpa keizinan pemiliknya dan mengintip aktiviti perkomputeran atau maklumat yang tersimpan. Spyware boleh menjejaki maklumat peribadi (contoh:nama,alamat), demografi (contoh:umur,jantina) dan psikososial (contoh:pendirian terhadap sesuatu isu).

Maksud Rootkits

(tajuk berkaitan: erti rootkits, apa itu rootkits, definasi rootkits, definisi rootkits)

Rootkit adalah teknologi yang digunakan oleh malware atauy ancaman perisian yang lain untuk mengelakkan diri dari dikesan dan dibuang oleh perisian anti virus.

Secara amnya, rootkits menggunakan pelbagai cara untuk mengubahsuai boot sctor, kod kernel, atau perisian aplikasi. Pengubahsuaian ini membolehkan ia "tersangkut" (english:hook) di mana-mana sahaja dalam sistem komputer dan selanjutnya kekal diam di dalam Perisian Pelayar atau Pendaftar Tetingkap (english:windows registry)

Maksud Virus


(tajuk berkaitan: Erti Virus, Apa itu Virus, Definasi Virus)

Virus komputer adalah Perisian atau Program yang mempunyai keupayaan unik untuk meniru, dan seperti virus biologi, boleh merebak dengan cepat. Walaupun sesetengah virus hanya mengganggu dengan memaparkan mesej atau imej yang tidak dikehendaki, sesetengah yang lain pula boleh merosakkan fail, perkakasan komputer (cakera keras, English: hardisk) dan lain-lain lagi. Meskipun ada virus yang tidak mendatangkan bahaya yang besar, ia tetap mengganggu ruangan ingatan dan simpanan komputer, sekaligus merendahkan prestasi komputer.

Maksud Browser Hijackers (Perampas Pelayar)

(tajuk berkaitan: Erti Browser Hijackers, Apa itu Browser Hijackers, Definasi Browser Hijackers)

Perampas (Perisian ) Pelayar (Web) melencongkan laman rumah (English:Home Page) , Laman Carian (English:Search Page) atau Laman Web yang lain ke lokasi yang ditetapkan oleh Perampas Pelayar (atau pencipta Perampas Pelayar).

Antara tujuan pelencongan ini dibuat adalah:
1) untuk meningkatkan trafik ke lokasi tertentu.
2) mendedahkan pengguna kepada perisian berbahaya
atau lain-lain tujuan yang tidak baik.

Selalunya sifat Perampas Pelayar sama dengan Perisian Pengintip (English:Spyware)

Thursday, January 19, 2012

Penuntut ugut PM dalam facebook dicekup

GEORGETOWN: Gurauan melampau penuntut jurusan kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman facebooknya (Tahukah anda apa itu Facebook?) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengundang padah apabila ditahan di Nibong Tebal, dekat sini, semalam.

Gurauan “Najib is coming to our campus.....Lets bomb his helicopter,” (Najib akan datang ke kampus kita, mari letupkan helikopter dinaikinya) membawa penahanan penuntut berusia 20-an itu jam 2 petang semalam di kampus USM Cawangan Transkrian.


Dia ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) hasil maklumat awam sebelum dibawa ke IPDTL untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub ketika dihubungi mengesahkan penahanannya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan cuba menakutkan secara jenayah.


“Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali,” katanya.


Ayub berkata, siasatan mengenal pasti motif penuntut itu masih dijalankan dan sidang media akan diadakan hari ini.

Sementara itu, tinjauan di laman sosial dan blog mendapati penuntut itu menerima pelbagai kecaman termasuk menyifatkan kurang ajar selain meminta USM mengambil tindakan.


Najib dijangka mengadakan lawatan ke kampus berkenaan, 24 Januari ini.

USM masih menunggu laporan lengkap polis berhubung penahanan seorang mahasiswanya.


Timbalan Pendaftar Pejabat Naib Canselor USM, Mohamad Abdullah, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu dan hanya dapat membuat kenyataan mengenainya apabila menerima laporan rasmi polis.


“Kami dimaklumkan berhubung penahanannya dan USM menunggu laporan lengkap polis mengenai penuntut terbabit,” katanya.

Virus Koobface tumpas

(tajuk berkaitan: Virus infections stop as Facebook names suspects, Jangkitan virus berhenti setelah Facebook menamakan pihak yang disyaki, Koobface)


REUTERS - Salah satu daripada sumber-sumber yang biasa melakukan pencerobohan komputer telah berhenti menjangkiti mesin baru selepas penyelidik keselamatan yang bekerja dengan Facebook (Apa itu Facebook?) menerbitkan nama-nama lima ringleaders yang disyaki.

Selepas lebih dua tahun bekerja, sepasang penyelidik pada hari Selasa menerbitkan nama, nama samaran dan gambar-gambar kumpulan mereka yang dituduh menjalankan aktiviti jenayah yang dikenali sebagai Koobface (Apa itu Koobface?) yang telah disasarkan terutamanya di Facebook setelah ia muncul pada tahun 2008.

Penyelidik Keselamatan Jerman Jan Droemer dan Dirk Kollberg berkata bahawa pelayan yang menguruskan operasi Koobface berhenti bertindak balas pada pagi Selasa selepas mereka mengeluarkan laporan yang mendalam melalui majikan mereka, Kollberg UK Sophos, pembuat perisian anti-virus.

Beberapa komputer yang digunakan untuk mengawal Koobface sebelum ini telah dimatikan dan ia tidak merebak melalui sambungan Facebook sejak awal tahun lepas.

---

REUTERS - One of the most common sources of computer intrusions has stopped infecting new machines after security researchers working with Facebook released the names of five suspected ringleaders.

After more than two years of work, a pair of researchers on Tuesday published the names, aliases and photographs of a gang they accused of running a criminal enterprise known as Koobface that had primarily targeted Facebook after it cropped up in 2008.

German security researchers Jan Droemer and Dirk Kollberg said that servers that ran the Koobface operation stopped responding on Tuesday morning after they released an in-depth report via Kollberg's employer, the UK anti-virus software maker Sophos.

Some computers used to control Koobface had previously been disabled and it had not spread through Facebook connections since early last year.

But until the new disclosures, the Koobface gang had continued to target other social networks as a long-running FBI probe failed to result in arrests in Russia.

Koobface spread primarily through captured social networking accounts that prompted friends to install software to view a video. Initially content with small-scale advertising fraud, the group had also begun to distribute more pernicious software, including the Zeus trojans for bank-account theft, according to another researcher collaborating with Facebook, Gary Warner of the University of Alabama-Birmingham.

Kaspersky Lab, a large security software company, said its database showed that the Koobface virus had afflicted between 400,000 and 800,000 computers during its heyday in 2010.

"The thing that we are most excited about is that the botnet is down," said Facebook security official Ryan McGeehan. "Our decision to become transparent about this has had a 24-hour impact. Only time will tell if it's permanent but it was certainly effective."

Droemer and Kollberg said that they had planned to hold off on publishing their data until law enforcement had captured the suspects. They released it earlier, with Facebook's blessing, after one of those suspects, who goes by the alias "Krotreal," was named last week by another researcher.

Facebook Chief Security Officer Joe Sullivan said he had endorsed the release because he felt the exposure might disrupt the group.

Indeed, those identified have erased social networking profiles cited by the researchers, and many of the phone numbers have been reassigned.

"Krotreal," for example, renamed his account on the Russian social networking site twice, then deleted it altogether, along with his Twitter feed and LiveJournal accounts.

None of the five alleged members of the hacking group could immediately be traced to the reported office addresses or phone numbers in St Petersburg, Russia's second-largest city.

At the MobSoft address named by Sophos, a Reuters reporter found a dilapidated building that once belonged to a company controlling seaport currency trade in the Soviet Union. Today the building, near a port docking station, is mostly occupied by shipping companies. An employee of one of the firms told Reuters he had never heard of a firm by the name of MobSoft.

"Our company has been renting an office here for three years, but there is no firm named MobSoft here and there has never been one," he said. Neither the building's concierge nor its manager, who had been in her job for the past 15 years, knew about MobSoft or the suspected hacker group.

The legal address for MobSoft found in online directories, and in the SKRIN stock exchange companies' database, led Reuters to an apartment complex a few blocks away from the Mariinsky theatre, whose ballet troupe ranks with Moscow's Bolshoi as Russia's most prestigious.

There was no response when the Reuters reporter rang the bell and knocked on the old wooden rusty-colored door.

Calls to the numbers provided in the Sophos reports yielded no valid leads. One of the names listed under the telephone numbers matched that in the report. But most did not.

At the official MobSoft number, Reuters reached a man calming a crying baby who said strangers had started calling him recently with questions about Koobface and MobSoft. He said he had not heard of either.

The two German researchers said they suspected that the hackers had been working out of a third location in St. Petersburg.

NO INVESTIGATION REQUESTED

Russia's anti-cybercrime unit, the Interior Ministry's K Directorate, said it has yet to investigate the matter because it has not been asked to.

"An official request needs to be filed to the K Directorate first, and when it's filed, we will certainly investigate and work on it," said Larisa Zhukova, a representative at the cyber unit, told Reuters.

"The request must come from the victim, that is Facebook. Because anyone can say or write anything, but it is all unfounded so far," she added.

If submitted, a request would undergo a 30-day review, followed by an initial check.

"Even if it turns into a criminal case, the investigative unit will decide on possible charges. It is hard to hypothesize on a possible sentence right now," she said, adding she had no information on whether the operational staff of the investigative unit knew about the situation.

A spokesman for the FBI did not respond to a request for comment.

Members of Facebook's security staff declined to comment on their discussions with law enforcement officials. Others working with Facebook said that the MVD, or Interior Ministry, had indeed been involved, with little visible progress.

"I like that we're getting the dialogue about the challenges of cross-border enforcement," Sullivan, the Facebook security officer, said. "Ultimately, the goal here is to have an impact. As a security team, we don't have the luxury that every case ends in an arrest."

Pelajar Wanita Ugut PM Dalam Facebook Ditahan Polis

(tajuk berkaitan:Police Detain Student Who Threatens PM On Facebook )

ALOR SETAR, 19 Jan (Bernama) -- Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis hari ini, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.



Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook (Tahukah anda apa itu Facebook?) miliknya.



Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.



"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu," katanya kepada pemberita, di sini malam ini.



Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.



"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan," kata Ahmad.



Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan.



"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu," katanya.



Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut.



"Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.



-- BERNAMA


'Rosmah-inspired' game for Apple users



Users of Apple electronic gadgets iPod, iPad and iPhone can now pick up some tips on how to save for the future, thanks to a game seemingly inspired by the prime minister's wife Rosmah Mansor.


Apa itu Virus Koobface?




Koobface juga disebut sebagai Cacing Facebook, Cacing Myspace atau Virus Facebook adalah sejenis Cacing (English:Worm) yang tersebar melalui mesej di jaringan sosial seperti Facebook dan MySpace. Cacing ini mampu menyusup ke PC anda dan kemudian membiak (menggandakan diri, English:replicate) dan menjangkiti semua fail yang ada dalam harddisk.

Beza antara cacing dan virus, jika virus biasanya akan menempel di fail-fail yang ada dalam computer anda, Cacing pula akan menghapuskan fail yang ada dan membuat fail tiruan yang sudah dijangkitinya. Hebatnya lagi Cacing ini mampu mengirim email automatik dari PC yang sudah dijangkitinya ke PC lainnya untuk menyebarkan diri.

Bagaimana Cacing bekerja?

Biasanya Cacing ini tersebar melalui mesej menggunakan akaun kenalan anda di facebook, seolah-olah kenalan itu sedang mengirimkan pautan foto atau video. Kadang-kadang disertai ayat-ayat yang memerangkap seperti “you look funny in this video” atau “you look so stupid in this pic“. Atau berisi nama dan isu-isu orang terkenal lagi hangat. Misalnya yang terbaru adalah penyebaran pautan video bernama Obama atau yang berbau pornografi. Apabila anda klik pautan untuk membuka video yang diterima, sebuah player video akan muncul tapi video tidak dimainkan sebaliknya anda diminta untuk memuatturun codec atau melakukan update video player. Ketika anda mengikuti arahan itu (muatturun atau update), sebuah file Cacing atau Trojan yang bernama codecsetup.exe atau tinyproxy.exe akan diaktifkan. File inilah yang kemudiannya menyerang dan menjangkiti seluruh fail dan sistem di komputer anda.

Contoh - contoh "umpan" penyebaran Virus Koobface:

  • Pautan pada Mesej

  • Pautan dengan kata kunci dan gambar yang "Hangat" (English:"Hot!")

  • Pautan untuk menaiktaraf "Video Player"

Cara Membuang Koobface.

Jika komputer anda sudah ditembusi koobface, cara paling mudah untuk membuang Cacing ini adalah dengan menggunakan Perisian Anti Pengintip (English: anti spyware). Jangan lupa untuk naiktaraf (update) Perisian Anti Pengintip anda juga kerana supaya lebih effektif.




Topik berkaitan:

Wednesday, January 18, 2012

'Akta komputer' runsingkan pengguna sumber terbuka

Lanjutan Protes wikipedia terhadap Stop Online Piracy Act, SOPA telah mengakibatkan seluruh dunia terkesan dengan impak peruntukan undang-undang negara terhadap dunia siber. Di bawah adalah tulisan berkenaan Draf Akta Lembaga Jurukomputer Profesional 2011 yang merunsingkan banyak pihak. Sumber asal : http://www.malaysiakini.com/news/184183



Baru-baru ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) mengeluarkan draf Akta Lembaga Jurukomputer Profesional 2011.

Draf ini mengejutkan banyak pihak. Rata-rata mereka menyangka jika ia berjaya menjadi akta, pengamal komputer atau teknologi maklumat (IT) akan diwajibkan mendaftar diri atau entiti bersama lembaga yang akan ditubuhkan.

Tidak kurang juga yang tersalah baca draf sehingga menyangka, mereka yang tidak mempunyai 'lesen' atau 'sijil' dari lembaga ini tidak boleh melakukan kerja IT, termasuklah membaiki komputer, menjualnya atau membuat pengaturcaraan.

Sikap kementerian yang mengeluarkan hanya versi draf bahasa Inggeris sahaja memburukkan lagi salah faham. Apatah lagi yang membaca itu kurang mahir dengan bahasa itu dan dicampur pula bahasa perundangan. Sedangkan parlimen akan membekalkan dokumen rang undang-undang, aturan mesyuarat atau usul dalam dwi-bahasa.

Bola salah tafsiran ini akhirnya bergumpal dan menjadi besar.

Apa hajat MOSTI?

Akibat dari kepelbagaian pandangan berkaitan, MOSTI akhirnya membuat Hari Terbuka Lembaga Jurukomputer Malaysia (BCPM) pada 13 Disember bagi mendapatkan input dari pengamal dalam industri ini. Maka salah fahan dan kekeliruan dapat diperbetulkan sedikit sebanyak.

BCPM yang bakal ditubuhkan nanti akan mengiktiraf pihak yang mahir dalam bidang ini dan diberikan beberapa kelebihan tertentu, termasuklah kerja-kerja yang berkaitan Prasarana Maklumat Kritikal Negara (CNII) dan beberapa bidang kerja berkaitan kerajaan.

Kalau arkitek mempunyai Lembaga Arkitek Malaysia, kalau jurutera ada Lembaga Jurutera Malaysia. Kenapa tidak kita ada lembaga yang serupa bagi bidang komputer?

Saya dan rakan-rakan tiada masalah mengiktiraf cerdik pandai di Malaysia. Namun dalam draf ini, beberapa perkara agak merunsingkan kami.

Menjurus pada kronisme

Jika dirujuk pada draf, ada dua keadaan yang boleh menjerumus kepada kronisme:

Kuasa menteri untuk menggantung akta ini dari sebahagian tempat di Malaysia atau menggantung sebahagian pecahan dalam akta.
Kuasa mutlak menteri untuk melantik ahli lembaga.

Senario yang mungkin timbul, apabila wujud keadaan di mana seseorang ingin mendapatkan kerja yang berkaitan CNII namun tiada kelayakan, pelepasan boleh diberikan dengan dengan kuasa Menteri.

Pemilihan ahli lembaga juga boleh jadi berat sebelah - walaupun ada dipilih dari kalangan kerajaan dan bukan - kepada dukungan parti politik tertentu atau apa-apa dukungan yang tersasar dari matlamat asal penubuhan lembaga.

Kerja-kerja yang berkaitan dengan CNII sudah semestinya mempunyai jutaan nilai ringgit, orang perseorangan yang mendaftarkan diri sebagai profesional agak tidak mampu mendapatkannnya. Tetapi, kalau anda ada syarikat besar, ada 'kabel' kuat, senario ini tidak mustahil berlaku.

Bertambah buruk lagi kalau tender atau kerja yang dikeluarkan ini bawah MOSTI, bukan agensi kerajaan lain.

Jangan sampai kering darah

Kalau kita sudah membeli kereta, tidak semestinya kita boleh memandunya. Kena ambil lesen, keluar duit. Sudah ada lesen, kena bayar tol, cukai jalan, insurans maka bertambahlah duit yang melayang sampai sesak nafas.

Sebab itu Malaysia ada istilah cekik darah.

Di Malaysia, sudah banyak benda yang perlu diambil untuk menjadikan seseorang atau syarikat itu layak membuat kerja-kerja berkaitan komputer. Dua contoh yang paling besar adalah berdaftar dengan Kementerian Kewangan atau mendapatkan status MSC.

Itu belum campur kos untuk masuk tender, 'duit gula-gula', 'duit main golf' dan kos-kos lain.

Tetapi, dengan adanya segala macam ini. Benarkah kita mampu hasilkan negara berpendapatan tinggi, negara yang terhebat dari sudut infrastruktur IT?

Kalau anda mahir dalam bidang komputer, anda akan tergelak dengan sekuriti server milik agensi kerajaan. Nokhtah.

Saya khuatir, pelaksanaan akta ini hanya akan menjadi satu lagi alat manipulatif kerajaan untuk mencari punca pendapatan tambahan. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana rakyat yang terbanyak akan menerima kesan ketara sampai kering darahnya!

Jejas kreativiti

Dunia komputer atau IT tak sama dengan dunia arkitek atau binaan. Bangunan mungkin boleh guna 100 tahun malah Piramid beribu-ribu tahun pun boleh tahan!

IT ini ibarat susu, esok lusa sudah basi. Dulu anda mungkin berlagak gunakan DVD. Sekarang orang dah pakai cakera keras luaranyang mencecah saiz 1.5TB. Dahulu mungkin anda rasa 1GB RAM itu banyak, tetapi sekarang 8GB pun masih belum puas.

Beberapa klausa dalam draf ini tidak membenarkan anda menjalankan aktiviti yang terkeluar dari bidang yang diluluskan, kalau anda melaksanakan kerja yang memerlukan pensijilan lembaga.
Malah anda memerlukan pengiktirafan dari badan-badan yang diluluskan kementerian sebelum boleh mendapat pensijilan bidang-bidang ini.

Ini sebenarnya agak kaku dan keras dari segi pelaksanaan hukum. Saya kurang pasti kalau pembaca pernah mendengar perisian sumber terbuka atau tidak. Namun, saya harap anda kajinya jika kurang pasti apa yang saya sebutkan.

Dalam dunia perisian, terutamanya sumber terbuka. Banyak perisian mempunyai asal yang sama tapi ditukarkan menjadi entiti yang lain. Contoh mudah adalah WebKit yang menjadi enjin pelayar Apple Safari juga menjadi Google Chrome.

Katakanlah orang itu diluluskan menggunakan Apple Safari, adakah ia tidak boleh membangunkan aplikasi web menggunakan Google Chrome walaupun terasnya adalah sama?

Atau adakah menjadi kesalahan kalau entiti itu dibenarkan membuat web menggunakan Wordpress tetapi dia ingin menggunakan Joomla? Saya tak pasti macamana MOSTI mengklasifikasikannya. Harap kementerian ini dapat menjawabnya.

Bagaimana pula kalau ia perisian baru, sangat bagus. Tetapi tiada satu pun universiti di Malaysia yang mengeluarkan ijazahnya? Adakah dia tidak boleh menggunakannya? Atau kena tunggu 3 tahun, tunggu universiti semak silibus, masuk belajar semula. Selepas habis, daftarkan semula dengan Lembaga?

Ya, kerajaan boleh mengiktiraf institusi dalam dan luar negara. Tetapi berapa lama ia akan mengambil masa?

Itu belum lagi perisian, aplikasi web atau OS yang dihasilkan anak tempatan sendiri tetapi tidak tersenarai dan tiada pun badan yang mengeluarkan sijil pengiktirafannnya lagi.

Ini sedikit sebanyak menambahkan lagi kegusaran dan merencatkan kreativiti anak-anak tempatan yang ada potensi serta bakat.

Tiada yang sempurna

Tiap-tiap perkara ada cacat-celanya. Saya tidak meminta Kementerian menghasilkan undang-undang yang sempurna tetapi biarlah ia menjadi undang-undang yang terbaik sesuai dengan keadaan dan ketikanya.

Pertama sekali, perlunya mekanisma pemeriksaan keberkesanan lembaga. Malah kalau boleh wujudkan tempoh bantahan di mana pihak bukan kementerian boleh mempertikaikan keputusan perlantikan ahli lembaga, seperti ahli parlimen atau NGO.

Keduanya, buat penjelasan terperinci mengenai sijil yang dikeluarkan lembaga dan bagaimana hubungkaitnya dengan sijil-sijil kementerian lain yang ada. Sama ada yang lain tak perlu atau tidak?

Ketiganya, janganlah diadakan bayaran yang tidak munasabah dan terdedah kepada eksploitasi.
Ini kerana banyak perkara yang melibatkan Kerajaan akan dieksploitasi pihak ketiga seperti yang berlaku Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Keempatnya, buka lebih luas cara untuk mendapatkan 'sijil' atau 'lesen' lembaga daripadasekadar mendapatkan pengiktirafan dari institusi pendidikan. Lihat pada merit pencapaian, pengalaman dan sumbangannya dalam bidang ini.

Kami bukanlah kelab yang besar, kami pun tiada 'kabel besar' dengan kementerian. Tetapi kami amat berharap ini diambil berat oleh pihak yang terbabit kerana kami percaya Kerajaan yang baik akan sentiasa responsif kepada rakyatnya.

(Penulis merupakan presiden Kelab Pengguna Sumber Terbuka Malaysia. Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.)




Topik berkaitan:

Undang-undang siber di Malaysia

(tajuk berkaitan: Cyber laws in Malaysia)

Protes wikipedia terhadap Stop Online Piracy Act, SOPA telah mengakibatkan seluruh dunia terkesan dengan impak peruntukan undang-undang negara terhadap dunia siber. Di bawah adalah tulisan berkenaan "Undang-undang siber di Malaysia" yang diambil dari tapak asal http://drmsafar.wordpress.com/2009/10/03/undang-undang-siber/ untuk rujukan pengunjung.




Undang-undang Siber
October 3, 2009
4 Okt. 2009

Undang-undang Siber

Ringkasan

Malaysia telah melangkah masuk ke dunia siber melalui dua pendekatan iaitu melalui hard-infrastructure dan soft infrastructure. Hard infrastructure bermaksud membina infrastructure mewujudkan kawasan fizikal untuk pembangunan berkaitan dengan ICT termasuk membina backbone komunikasi yang berkelajuan tinggi. Soft infrastructure bermaksud mewujudkan undang-undang yang berkaitan berkaitan dengan pembangunan ICT itu.

Secara fizikalnya kawasan yang diperuntukkan dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC). Di sinilah tumpuan pembangunan berkaitan dengan ICT dilakukan. Sehingga 19 Jun 2009, sebanyak 87 buah syarikat antarabangsa yang mendapat status “International World Class MSC Malaysia Status Companies”. Manakala sehingga 24 Mei 2005, sebanyak 67 incubators pula mendapat taraf international world Class MSC Malaysia Status Companies. Selain itu, sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam dan swasta turut turut tersenarai sebagai institusi yang mempunyai program ICT. (www.mscmalaysia.com.my dirujuk pada 4 Okt. 2009).
Malaysia telah telah meletakkan pada asas yang kukuh pembangunan ICT dengan menyediakan undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan diluluskan, seperti berikut:

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998.
Akta Tandatangan Digital 1997.
Akta Jenayah Komupter 1997.
Akta Teleperubatan 1997.
Secara kolektifnya, undang-undang ini dikenali sebagai undang-undang siber.


Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industry komunikasi dan multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber).

Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tiada tapisan dalam Internet di bawah Seksyen 3(3).

Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kini komponen komunikasi di keluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).

Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Akta ini membolehkan ditubuh sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga mengambilalih kuasa pelesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini.

Apabila ditubuhkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Kini ia diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Beberapa pihak pernah menyarankan supaya komponen komunikasi diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. Saya sendiri ada menulis dalam Berita Harian mengenai perkara ini (Jika ia dapat disalin, saya akan pindahkan artikel itu dalam blog ini).

Akta Tandatangan Digital 1997.

Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah untuk melicinkan dagangan secara elektronik, sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.


Akta Jenayah Komputer 1997.
Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.

Akta Teleperubatan 1997

Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.


Akta Hak Cipta (Pindaan).
Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.

Rujukan

  1. Mohd Safar Hasim. 2002. Mengenali Undang-undang Media dan Siber.
  2. www.mscmalaysia.com.my (ditujuk 4 Okt. 2009).


Pengkelasan komputer

(tajuk berkaitan: classification of computers, jenis-jenis komputer, kategori komputer, pembahagian jenis komputer)

Pada awalnya, komputer ditakrifkan sebagai mesin yang memproses data untuk menghasilkan maklumat yang berguna untuk membuat keputusan. Apabila teknologi pembuatan komputer semakin maju, mesin komputer telah menggunapakai berbagai teknologi dan rekacipta sehingga muncul berbagai bentuk komputer. Agak rumit untuk mengkelaskan setiap mesin komputer yang ada kerana ia sentiasa berubah.

Secara tradisinya, komputer dikelaskan mengikut saiz dan fungsi.

Pengkelasan mengikut saiz:

1. Micro Computer (Melayu: Komputer Mikro).
Komputer Mikro lebih dikenali sebagai Personal Computer atau PC (Melayu:Komputer Peribadi).

2. Mini Computer

3. Mainframe Computer

4. Super Computer

Pengkelasan mengikut fungsi:

1. Server (Melayu:Pelayan)

2. Work Stations (Melayu:Stesen Kerja)

3. Information Appliances (Melayu:Peralatan Maklumat)

4. Embedded Computer (Melayu:Komputer Terbenam)


Perisian Sistem yang terdapat di pasaran

(tajuk berkaitan: System softwares that are available in the market, perisian pengoperasian sistem, jenis perisian sistem)

Perisian Sistem (English:System software) adalah sejenis perisian komputer yang berkaitan dengan pengendalian mesin komputer.

Pada amnya, Perisian Sistem dibangunkan secara khusus untuk mesin tertentu. Sebagai contohnya Perisian Sistem Microsoft Windows dipasang pada sebahagian besar mesin komputer serasi-IBM (IBM PC). Di samping itu, teknologi perisian pada hari ini juga membenarkan Perisian Sistem yang tidak serasi dengan sesebuah mesin komputer dipasang secara 'maya' melalui perisian PC Maya (Virtual PC). Oleh itu, pengguna komputer mempunyai peluang lebih banyak untuk mencuba Perisian Sistem yang ada di pasaran.

Antara Perisian Sistem yang pernah berada di pasaran adalah seperti berikut:
  • Keluarga Microsoft DOS: DOS 5, DOS 6
  • Keluarga IBM OS/2
  • Keluarga Microsoft Windows: Windows 95, 98, 2000, Me, XP, Vista, 7, 8
  • Keluarga Apple: OSX
  • Varian Linux: Red Hat, SUSE, Ubuntu
  • Keluarga Amiga
  • Keluarga Atari
  • Keluarga Symbian
  • Keluarga Android
* Perkataan "keluarga" digunakan untuk mewakili kumpulan Perisian Sistem di atas kerana selalunya versi terkemudian daripada keluarga yang sama bersifat serasi sistem terkebelakang (backward compatibility). Perkataan "varian" digunakan mewakili kumpulan khususnya Linux di mana semua varian berasal dari punca yang sama tetapi kemudiannya mempunyai orientasi tersendiri dan mungkin tidak serasi dengan varian yang lain.

Maksud Application Development Software (Perisian Pembangunan Aplikasi)

(tajuk berkaitan: maksud perisian pembangunan aplikasi, erti perisian pembangunan aplikasi, apa itu perisian pembangunan aplikasi)

Application Development Software (Melayu:Perisian Pembangunan Aplikasi) adalah sejenis perisian komputer yang membantu pembangun perisian menjalan aktiviti pembangunan perisian seperti rekacipta perisian, penulisan kod sumber, penyahpijatan, pengkompilan dan sebagainya.

Terdapat berbagai jenis produk Perisian Pembangunan Aplikasi di pasaran. Antaranya:
1) Microsoft Visual Studio
2) Sun Eclipse
3) Dev
4) Borland

Maksud Perisian Aplikasi

Lihat http://notarazi.blogspot.com/2012/01/maksud-application-software-perisian.html

Maksud Application Software (Perisian Aplikasi)

(tajuk berkaitan: maksud perisian aplikasi, erti perisian aplikasi, apa itu perisian aplikasi, definisi perisian aplikasi)

Application Software (Melayu:Perisian Aplikasi) adalah sejenis kategori perisian komputer di mana perisian tersebut melakukan tugasan penggunaan (application) untuk pengguna akhir komputer (end users). Contohnya, perisian aplikasi grafik menyediakan alat-alat khusus untuk pengguna melakukan kerja grafik.


Apa itu Facebook


(tajuk berkaitan: pengenalan facebook, erti facebook, maksud facebook, arti facebook)



Facebook adalah perkhidmatan rangkaian sosial dan laman web di Internet yang dilancarkan pada bulan Februari 2004, dikendalikan dan milik persendirian oleh Facebook, Inc. Pada Januari 2012, Facebook mempunyai lebih daripada 800 juta pengguna aktif. Pengguna perlu mendaftar sebelum menggunakan tapak ini,dan selepas itu mereka boleh membuat profil peribadi, menambah pengguna lain sebagai rakan-rakan, dan mesej pertukaran, termasuk pemberitahuan automatik apabila mereka kini profil mereka.

Selain itu, pengguna boleh menyertai kumpulan yang berkongsi minat, yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah atau kolej, atau ciri-ciri lain, dan mengkategorikan rakan-rakan mereka ke dalam senarai seperti "Rakan sekerja" atau "Rakan Tertutup".

Nama perkhidmatan berasal dari nama buku yang diberikan kepada pelajar pada permulaan tahun akademik oleh sesetengah universiti di Amerika Syarikat untuk membantu pelajar-pelajar mengenali satu sama lain.

Facebook hanya membenarkan mana-mana pengguna yang mengisytiharkan diri mereka kepada sekurang-kurangnya 13 tahun untuk menjadi ahli-ahli laman web.



Topik berkaitan:

BHarian: Wikipedia Mogok



Wikipedia mogok ( http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wikipediamogok/Article/ )


2012/01/18

WASHINGTON: Wikipedia mogok dengan menggantungkan perkhidmatannya selama 24 jam hari ini, sebagai bantahan terhadap usaha kongres Amerika Syarikat menggubal undang-undang anti-cetak rompak dalam talian yang dikemukakan, baru-baru ini.

Tindakan itu kelihatan apabila pelanggan yang berhasrat menggunakan perkhidmatan wikipedia versi Inggeris, laman muka web maklumatnya akan dipindahkan ke laman paparan berwarna hitam.

Penutupan sementara Wikipedia versi Inggeris itu, ensiklopedia dalam talian yang digunakan pelanggan seluruh dunia adalah sebagai bantahan terhadap Akta Menghalang Cetak Rompak Dalam Talian (SOPA) atau versi Senat dikenali Akta Melindungi Protokol Internet (PIPA) - AFP

Topik Berkaitan:

Tuesday, January 17, 2012

Wikipedia bantah Stop Online Piracy Act (SOPA) US




Komuniti Wikipedia telah "menggelapkan" versi Bahasa Inggeris Wikipedia selama 24 jam pada 18 Januari sebagai langkah protes. Kegelapan ini diharapkan dapat:

1) Meningkatkan kesedaran tentang undang-undang yang dicadangkan oleh Kongres Amerika Syarikat - Stop Online Piracy Act (SOPA) di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat,

dan

2) Menggalakkan pembaca untuk bersuara menentang.

Undang-undang ini, jika diluluskan, akan dapat mendatangkan mudarat kepada dunia Internet yang bebas dan terbuka.






Topik berkaitan:

Apa itu SOPA?


SOPA adalah ringkasan kepada Stop Online Piracy Act (SOPA) (Melayu:Akta Menghalang Cetak Rompak Atas Talian)

Topik Berkaitan:

Wikipedia blackout begins

Except for one entry, the English site of open-source online encyclopedia Wikipedia has been blacked out starting 1 p.m. Wednesday (Manila time) to protest the US bill against online piracy.
Visitors to Wikipedia's English page (en.wikipedia.org) could only access the main page and entries or a few seconds, before being redirected to a black-themed page with the message, "Imagine a World Without Free Knowledge".

"For over a decade, we have spent millions of hours building the largest encyclopedia in human history. Right now, the U.S. Congress is considering legislation that could fatally damage the free and open internet. For 24 hours, to raise awareness, we are blacking out Wikipedia," Wikipedia said.
Meanwhile, Wikipedia sites in other languages worked normally and did not appear affected.
During the blackout, Wikipedia entries accessed from search engines would display normally only for a few seconds before visitors were redirected to the black Wikipedia page.
Only one page was exempted from the blackout: the page explaining Wikipedia's protest action (http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:SOPA_initiative/Learn_more).
The page explained the Wikipedia community is blacking out the English version of Wikipedia for 24 hours to raise awareness about legislation being proposed by the U.S. Congress — the Stop Online Piracy Act (SOPA) in the U.S. House of Representatives, and the PROTECT IP Act (PIPA) in the U.S. Senate.
This also aimed to encourage readers to speak out against it, Wikipedia said.
Wikipedia particularly questioned the requirement in the bills for US-based sites to actively police links to purported infringing sites.
Such self-policing activities are non-sustainable for large, global sites - including ones like Wikipedia, it said.
"There is a need to send a strong message that bills like SOPA and PIPA must not move forward: they will cause too much damage," it said. — TJD, GMA News